Tips Mudah Untuk Menjadi Lebih Akrab Dengan Anak-Anak Sejak Dari Mereka Kecil.

Menjadi akrab dengan anak-anak ibarat sahabat adalah impian setiap ibu bapa. Siapa sahaja dikalangan ibu bapa yang mahukan hubungan dengan anak-anak menjadi renggang hanya diebabkan kerjaya dan terpaksa dijaga oleh pengasuh atau kedua orang tuanya.

Malah, ramai dikalangan ibu bapa amat takut sekiranya anak-anak semakin akrab dengan orang tuanya, atau sahabat di sekolah, tetapi kekok dengan ibu bapa sendiri. Sudah pasti situasi tersebut ingin dijauhkan.

Jadi, Sebelum Terlambat, Para Ibu Bapa Perlu Mengikuti Tips Mudah Ini Untuk Menjadi Lebih Akrab Dengan Anak-Anak Sejak Mereka Dari Kecil Lagi…

1. Selalu peluk dan cium anak.

Jangan disebabkan gajet, ibu bapa kurang memeluk dan mencium anak.

Jangan kerana sibuk dengan kerja, ibu bapa kurang memberi perhatian pada anak-anak.

Jangan kerana terleka menonton televisyen, ibu bapa kurang mendengar pada anak-anak.

Padahal, sentiasa berbual, memeluk dan mencium anak-anak, akan meningkatkan kepercayaan anak-anak pada ibu bapanya sendiri. Kepercayaan ini yang akan membuatkan anak-anak menjadi akrab dengan kedua ibu bapanya.

2. Selalu berbual bual dengan anak.

Teknik komunikasi dengan anak-anak adalah, ibu bapa perlu memberi soalan pada anak-anak, dan memberi jawapan sekiranya diajukan soalan. Bukan hanya mendiamkan diri sekiranya anak-anak bertanya. Jangan biarkan mereka tertanya-tanya tanpa solusi. Kadang-kala berikan fakta dan logic supaya mereka menjadi anak yang bijak dan memahami keadaan sekelilingnya.

Jangan cupa berbohong dan mereka cerita.

3. Selalu bergurau senda dengan anak.

Tips untuk menjadi rapat dengan anak-anak adalah dengan sentiasa bergurau senda dengan anak-anak. Ibu bapa tidak semestinya perlu garang dan tegas sepanjang masa. Ikutlah kesesuaian waktu dan masa. Malah, jangan disebabkan stress dengan kerja, anda melempiaskan kemarahan pada anak-anak yang mahu bermain dan bergurau senda.

4. Selalu dengar dengan penuh tumpuan apabila anak bercerita.

Apabila anak mempunyai masalah, dengar dan cuba beri solusi. Jangan terus membantah tanpa mendengar masalah atau pendapat daripada mereka. Dengar luahan hatinya sekiranya mempunyai masalah di sekolah dan sebagainya. Jika ibu bapa tidak mahu mendengar, atau lalai, tidak hairan sekiranya anak-anak menjadi lebih akrab pada sesiapa sahaja yang dapat mendengar luahan hati mereka.

Sebab itu, ramai sahaja anak-anak daripada mereka kecil sehinggalah muda remaja, menjadi lebih akrab bersama sahabat. Kerana sahabat sahaja yang boleh mendengar luahan hati mereka. Kalau tersalah pilih sahabat, memang ‘jahanam’ hidup anak anda kelak.

5. Selalu makan bersama dan suapkan makanan kepada anak.

Selain daripada itu, sekiranya ibu bapa mahu menjadi lebih akrab dengan anak-anak adalah makan bersama dengan anak-anak. Jangan nanti sorang atas meja, sorang depan televisyen, sorang lagi di bilik pula.

Duduk di meja makan bersama-sama, ketahuilah pada saat ini hubungan kekeluargaan semakin erat sebenarnya. Malah, tidak salah pun untuk suapkan anak-anak ketika makan, terutamanya si bapa. Ini kerana bapa jarang memperlihatkan kasih sayang melalui perbuatan ini. Barulah si anak tahu dan sedar yang bapanya juga menyayangi dirinya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen