Bagi Mereka Yang Mahu Berniaga, Jangan Pernah Ada 5 Mind Set Ini!

Sudah lumrah manusia biasa, memang mudah mencipta seribu alasan. Jika urusan kecil pun boleh dipandang remeh dan diambil mudah inikan pula tentang urusan penting. Urusan yang mungkin bakal merubah masa hadapannya. Termasuklah urusan dalam mengendalikan perniagaan.

Ramai yang mahu berniaga, tetapi berapa ramai yang berjaya?

Ramai yang mahu berjaya, tetapi berapa ramai yang bersungguh-sungguh mahu berjaya?

Adakah kejayaan yang sementara sahaja? Atau kejayaan dalam jangka masa yang lama?

Jadi, Bagi Mereka Yang Benar-Benar Mahu Mengendalikan Perniagaan, Tolong Jauhkan 5 Mind Set Ini Daripada Minda Anda…

Related image

1. “Banyak hutang la, tak ada modal nak berniaga….”

Ramai dikalangan kita kebiasaannya terikat dengan hutang jahat. Hutang demi hutang, lama kelamaan semakin bertambah kerana merasakan hutang patut dibayar dengan hutang. Sebab itu, hidup kita seolah-olah tiada penghujungnya.

Jadi, ubahlah mind set anda sekiranya banyak hutang, tidak mahu berniaga. Tiada modal untuk berniaga.

Tetapi ubah kepada: “Saya berniaga sebab saya nak setelkan semua hutang saya supaya dalam masa yang singkat saya akan bebas daripada hutang jahat!”

2. “Rasa nak berniaga tu ada, tapi nanti dulu la, tak ada mood…”

Ada juga sebahagian kita, suka melakukan sesuatu kerja hanya mengikut mood sahaja. Kalau mood baik, boleh la buat urusan tersebut, kalau mood tak baik, semua urusan ditinggalkan. Duduk di rumah lagi bagus.

Contoh lain untuk pelajar: “Tak ada mood nak study, esok lah study…”

Contoh lain untuk pekerja: “Tak ada mood nak kerja, esok je la sambung..”

Sekiranya, semua urusan nak ikut mood sahaja, memang tak jalanlah kerja anda.

Tetapi ubah kepada: “Saya akan mulakan berniaga dari sekarang tanpa berlengah supaya saya tidak akan terlambat untuk menimba pengalaman.”

3. “Susah la nak berniaga, tak tahu….”

Ada juga yang memberi alasan tidak tahu untuk memulakan perniagaan. Bila dah tak tahu, terus hapus cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri. Tidak pernah cuba mencari ilmu ataupun berjumpa pada yang lebih pakar. Terus selesa dengan ‘Tidak Tahu’-nya…

Tetapi ubah kepada: “Saya dah belajar daripada pakar dan ada mentor atau sokongan yang dapat monitor saya daripada jauh.”

4. “Tak ada masa la nak berniaga, nak buat part time pun macam tak sempat….”

Antara alasan yang paling tipikal adalah, tak sempat atau tiada masa. Tapi ada masa untuk membuang masa. Mungkin minda dan fizikal terlalu penat untuk menjana pendapatan, tetapi rajin sekiranya ada orang lain yang uruskan. Ibarat Boss.

Tetapi ubah kepada: “1 hari ada 24 jam, sudah pasti saya boleh uruskan masa untuk buat berniaga secara part time!”

5. “Tak ada duit la nak mulakan perniagaan…”

Tetapi ubah kepada: “Sebab saya tak ada duit la saya perlu berniaga untuk uruskan perbelanjaan keluarga. Saya akan berniat untuk berniaga dan mencari rezeki kerana Allah SWT. Semoga segalanya dipermudahkan.”

Semoga Dipermudahkan Untuk Anda Memulakan Perniagaan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen