Bila Suami Tak Nak Mendengar, Isteri Pun Hilang Minat Untuk Meluahkan Rasa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dari luar kita melihat dia tersenyum bahagia, belum tentu lagi di dalamnya akan sama tersenyum. Apa yang ada di luar tidak akan sama apa yang di dalam. Sama juga dengan isteri, apa yang terpancar di wajahnya itu belum tentu sama dengan apa yang terpendam di dalm hatinya.

Sebagai suami kita kena selalu mendengar apa yang isteri kita akan katakan. Setiap keluhan itu sangat bermakna buat hubungan dan juga dirinya. Kadang isteri sampai stress, sampai marah-marah tanpa sebab yang suami sendiri tidak tahu sedangkan suami jugalah penawar dari segala kemelut itu.

Macam Mohd Fhais ini kongsikan, bila suami tidak tunjuk minat untuk mendengar maka si isteri pun akan hilang minat untuk meluahkan. Mari ikuti kisah yang dikongsinya ini.



Jika kita tak mendengar, isteri pun tak nak meluah.

Masa jalan dalam mall nampak kedai kasut dia berhenti. Sambil-sambil try sarung kasut keluar rintihan kasut ni keras dan berat, nak cari yang ringan sikit. Sambil dia tunjuk kesan kaki yang melecet.



Masa ni la banyak pengakuan dan luahan jujur saya dapat.

Sangkaan saya selama ni semua cukup kerana isteri tak merungut apa-apa. Tapi rupanya sangkaan saya meleset.

Jalan depan sikit nampak kedai aksesori telefon. Berhenti juga dia, katanya casing ni tak pernah tukar dah tak cantik. Sambil masuk ke dalam kedai sempat dia tunjuk skrin telefonnya yang dah retak seribu.

Masa cari casing telefon tu rasa kasihan saya makin bertambah kerana casing untuk model telefon isteri saya tak ada pilihan langsung. Yang ada hanya saki baki untuk clear stok.



Betul la, bila di fikir balik dah lebih 3 tahun isteri saya guna telefon tu.

Ketika ini baru dia nak keluar rintihan demi rintihan tentang telefon tu.

Dia kata telefon selalu hang. Nak buka whatsapp pun lambat sangat. Kalau play video gambar dia tak jelas. Dan rintihan paling kuat ialah tentang kamera. Gambar langsung tak cantik.

Itulah. Padahal hari hari kot jumpa isteri. Hari hari meseg, hari hari call dia tapi tak pernah pulak dia merungut tentang semua ni. Kalau tak bawa keluar ni memang tak perasan langsung.

Kalau dulu saya salahkan isteri sebab tak bagitahu tentang semua perkara ni tapi sekarang saya pula yang minta maaf.



Kerana saya sedar ini salah saya. Mungkin saya terlalu sibuk sehingga tak jadi Pendengar Setia.

Memang orang perempuan ni suka pendam perasaan dan berahsia. Tapi apa yang kita tak tahu ialah mereka terpaksa!

Ini kerana kita yang tak pernah tunjuk minat untuk mendengar, maka baik mereka diam daripada bercakap dengan tembok.

Kalau tak percaya cuba bawa isteri keluar jalan-jalan berdua tanpa anak dan kerja. Jangan terkejut, 1001 keluhan keluar dari mulut dia.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Suami tempat isteri mengadu dan berharap.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen