Kenapa Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Dengan Ibu? Jom Baca.

Kita pasti pernah terlihat situasi begini, mak-mak penat bagi arahan pada anak-anak, susah untuk mereka ikut. Berbuih juga lah mulut mak bagi arahan. Tapi cuba kalau ayah yang bersuara dan bagi arahan. Sekali sahaja, pasti anak-anak terus ikut. Terketar-ketar kaki sebab takut dengar suara ayah yang garang.

Kenapa Terjadinya Situasi Sebegini? Jom Lihat 6 Sebab Ini…

1. Ayah lebih suka bermain dengan anak.

Cuba bandingkan ketika anak-anak mahu bermain, siapa yang lebih banyak meluangkan masa? Ibu atau ayah? Kebiasaannya, ayah-ayah ini yang suka melayan dan bermain dengan anaknya.

Mana ibunya ketika waktu itu?

Ibu nya sibuk mengemas rumah, sementara ayah yang melayan anak bermain, masak-masak ke, main robot ke, melukis ke. Dengan cara itu, kelihatan si ayah yang menolong ibu menjaga anak-anak mereka.

Image result for anak dengar cakap ayah

2. Senang dapat beli barang kalau keluar dengan ayah.

Jika dibandingkan ibu dengan ayah, siapa yang lebih banyak membeli barang mainan untuk anak? Kebiasaannya ayah. Dengan ayah lah, anak-anak mudah dapat apa sahaja yang dihajati. Tapi cara ayah ni lain sikit, asalkan pergi kedai sahaja…

“Boleh beli, tapi bawah RM10 je ye…”

Seronoklah anak-anaknya dapatkan barang tersebut.

Cuba kalau dengan ibu…

“Tak boleh..”

“Dah banyak barang tu..”

“Manis la tak boleh makan…”

“Tak berfaedah!”

3. Ayah tidak kerap marah, sebab tu sekali marah sangat berkesan.

Anak-anak kecil bijak melatih diri mengikut keadaan. Sebab tu kadang-kala berhati-hati mendidik anak, sebab mereka senang serap apa yang dilihat dan didengar. Apabila terlalu banyak serap apa yang dibebel, diarah atau dimarahi oleh ibu, jadi mereka dah lali. DAH LALI! Lama-lama tak kisah dengar ibu membebel atau memberi arahan.

Ayah jarang marah, dan ayah jarang membebel. Maka, anak-anak tak serap terlalu banyak arahan daripada ayah. Sebab tu, sekali ayah beri arahan, mereka agak takut jika tidak mengikut arahan tersebut.

Image result for anak dengar cakap ayah

4. Ayah marah dengan ayat yang padu.

Ibu kalau marah, memang membebel daripada tengah hari sampai ke malam. Tak henti-henti membebel, marah dan bercakap, sebab itu anak-anak mudah lali dengan bebelan tersebut. Tapi, kalau ayah bagi arahan, ringkas dan padu..

“Mandi cepat!”

“Cepat makan!”

Kerana secara lumrahnya, lelaki hanya cakap beberapa patah perkataan sahaja sedikit jika dibandingkan dengan ibu. Jenis tak banyak cakap, sebab itu anak-anak mudah dengar cakap ayah. Ayah baru lalu depan pintu, nak ketuk pintu pun dah dengar.

5. Emosi ayah konsisten.

Ayah kalau marah, dia tak emosi, malah tak banyak drama pula. Jadi, anak-anak tidak akan terganggu emosinya apabila dimarahi ayah. Malah, kata-kata atau arahan ayah tidak membuatkan anak-anak menjadi serba salah. Sebagai contoh;

Ibu selalu dengan drama:

“Kenapa taknak dengar cakap ibu, tak kesian kat ibu ke?”

“Ibu penat ni, tolonglah dengar cakap ibu..”

Oleh yang sedemikian, anak-anak sebenarnya mengikut kata atau arahan dengan orang yang dia rasa sangat selesa dan senang. Lebih-lebih lagi, anak-anak mengikut kata apabila ada insan yang boleh bermain dengan diri mereka. Mungkin, para ibu dan ayah boleh ubat sedikit cara melayan anak.

Image result for anak dengar cakap ayah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen