"Orang Perempuan Ini Kalau Dah Tak Ada Perasaan, Kau Datang Menangis Merayu Pun Dia Dah Tak Peduli."

Oleh: Zuzu Yasmine

Kasih sayang biasanya mampu menutup segala kekurangan dan kesalahan orang yang disayanginya. Walaupun betapa besar dan betapa terlukanya perasaan itu, tetapi dengan kasih sayang ia mampu membuat seseorang terus setia disisi.

Isteri ini sanggup lakukan apa sahaja buat anak-anak dan suaminya walaupun terpaksa memekakkan telinga mendengar cemuhan orang sekeliling, tetapi bila hati dah tawar nak pandang pun tak sudi.

Setiap orang pernah lakukan kesilapan, tetapi jangan kerana kita rasa pasangan akan stay dengan kita sampai bila-bila buat kita tak nak berubah. Hati orang ini mudah berbolak balik, mungkin hari ini dia sayang esok lusa belum tentu lagi.

Macam nukilan daripada Nornafishah Zamry ini, isteri ini boleh je betahan kalau suaminya lakukan kesalahan sekali dua tapi kalau dan berulang kali, tiada lagi maaf bagi mu.



Isteri mana yang tak sayangkan suami.

Walaupun berperang dengan perasaan sendiri yang dipermainkan emosi sesuka hati.

Tak termasuk lagi dikeji orang lain sebagai bodoh kerana berkali beri peluang dan ruang untuk suami sendiri ubah sikap.

Ya - masih memberi peluang. Tapi malang bila ruang dan peluang yang diberikan tak diguna sehabis baik oleh si suami.

Hari ini mungkin kerana si isteri letih dengan harapan yang disia siakan, penat nak pujuk hati sendiri bersangka baik dengan suami. Jalan terakhir, berpisah.

Buat apa si isteri masih lagi terhegeh hegeh memberi peluang bila mana si suami masih lagi tidak mahu berubah. Tak bersungguh nak berubah. Tak fikirkan hati si isteri. Tak usaha pertahankan rumah tangga sendiri. Buang masa kan ?



Mungkin kali pertama dan kedua isu curang, si isteri masih menangis kerana tak mahu hilang suami dan sayangkan rumah tangga yang sempurna tanpa perpisahan. Sedih untuk berpisah.

Tapi bila berlaku berkali kali. Perasaan terasa dipermainkan dan diperbodohkan tu muncul. Akhirnya, tiada lagi air mata si isteri. Yang ada cuma perasaan " redha dengan perpisahan ".

Aku masih ingat lagi seorang kenalan yang menceritakan masalah suaminya curang walhal tak sampai sebulan berkahwin.

Tapi alhamdulillah , dah beberapa tahun peristiwa berlalu dan rumah tangga mereka selamat dari goyah bila si suami ada kesungguhan untuk berubah dan sedar silapnya.

Tu hasilnya bila usaha berubah jadi yang lebih baik. Bukannya teruskan dengan sikap yang tak baik. Kita ni manusia yang tak sempurna , bila sedar apa yang kita buat tu salah , usahalah untuk berubah.



Baik lelaki atau perempuan, kalau pemikiran tu masih lagi nak berfoya-foya jadi betina sundal atau jantan buaya darat, tak perlu lah terburu buru kahwin.

Psttt , perempuan kalau dah tak ada perasaan. Kau datang buat drama nanges peluk anak pun dia buat tak nampak je. Dah tak boleh pakai kau punya sedih tu.

Mungkin sebab perasaan menyampah dia dah lebih tebal dari perasaan sayang pada kau. Mungkin !
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen