Suasana Bulan Madu Semakin Romantik Bila Anda Lakukan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan madu ini adalah perkara yang biasa akan dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin. Masa inilah mereka ingin meluangkan masa bersama dan berkenalan dengan lebih mendalam lagi.

Biasanya bulan madu ini dilakukan ditempat yang romantik serta tempat yang lebih inginkan privacy. Matlamat utama bulan madu ini adalah untuk menghasilakan suasana yang lebih intim antara pasangan yang pada ketika itu masih memiliki perasaan malu-malu lagi.



Namun begitu, ramai yang tidak mampu menjalani bulan madu yang romantik dan sesuai untuk pengantin baru ini. Mana tidaknya, ada yang tidak melakukan persiapan dengan betul malah ada yang diganggu dengan perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

Bulan madu ini dapat dirasai sekali sahaja seumur hidup, mana tidaknya selepas anak memiliki anak nanti sudah tiada masa untuk berdua dengan pasangan anda sahaja.

#Petua bulan madu yang berkesan:

Bulan madu adalah saat yang paling dinanti-nantikan untuk pengantin baru. Selepas persiapan perkahwinan yang memenantkan, sudah tiba masanya untuk menikmati masa yang romantik dengan pasangan anda. Untuk menjadi lebih romantik dan lebih mudah diingati, ini 5 perkara yang perlu anda lakukan ketika sedang berbulan madu.



1. Bilik hotel yang dihiasi suasana romantik.

Setelah memilih kawasan mana yang bakal menjadi tempat anda berbulan madu, maka pastikan anda memilih hotel yang terbaik. Di mana ia memiliki pemandangan yang menarik serta dihiasi dengan suasana yang menarik. Sebagai contoh, boleh sahaja anda meminta untuk dihiasi kelopak bunga mawar, haruman aroma terapi, dan pelbagai lagi. Dijamin anda dan pasangan ingin lebih lama duduk di dalam bilik.

2. Kejutan buat si dia.

Di saat awal-awal perkahwinan ini sudah tentulah segala kejutan akan terasa lebih manis dan diingati nanti. Cuba anda melakukan sesuatu kejutan yang menyentuh hatinya. Mungkin anda boleh cuba sarapan pagi di atas katil atau mengenakan sesuatu yang memikat hatinya (faham-faham sendiri lah ye!). Perkara sebegini pasti akan lebih membangkitkan lagi suasana bulan madu anda itu.

3. Jangan lupa candle light dinner.

Tak lengkaplah bulan madu kalau tak ada candle light dinner ini. Pasti ini akan menjadi moment yang akan diingati kalian berdua. Nak tambah menarik lagi, jangan lupa untuk memesan makanan kegemaran anda dan pasangan anda. Untuk bangkitkan suasana yang lebih romantik ini sudah tentu iringan muzik sebagai halwa telinga sangat membantu anda.



4. Batasi penggunaan gadget.

Memang tidak dapat dielakkan bahawa gadget ini sememangnya akan mengganggu masa berkualiti anda berdua. Jadi jangan terlalu mengadap sangat telefon bimbit anda itu. Lebih baik anda meluangkan masa berdua dengan bergurau senda bersama pasangan. Barulah bulan madu itu akan lebih relax dan membahagiakan anda.

5. Jangan lupa ambik gambar atau video sebagai kenangan.

Bulan madu adalah saat yang akan dikenang kelak. Jadi jangan lupa untuk mengabadikan kenangan anda ini melalui gambar atau video. Nanti apabila anda rindukan kenangan ini boleh lah anda lihat semula. Malah ia boleh dilihat berulang kali hingga membuat anda teringin untuk berbulan madu lagi sekali.

Haa, ini adalah petua yang sememangnya perlu anda ikuti untuk membangkitkan suasana romantik ketika berbulan madu. Jangan bazirkan masa bulan madu anda dengan perkara yang tidak sepatutnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen