Jangan Biarkan Isteri Terlalu Berdikari, Nanti Lama-Lama Mereka Fikir "Untuk Apa Aku Ada Suami".

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami mana yang tak senang kalau isteri ini mampu lakukan semua perkara sendiri. Tak penah susahkan suami, malah minta tolong suami pun tak penah. Dari kerja uruskan rumah, bantu mencari nafkah serta membawa perut berjumpa doktor juga isteri boleh lakukan tanpa bantuan suami.

Seronoknya dapat isteri macam ini kan? Isterikan memang faham yang suami ini penat cari nafkah, penat dengan kerja dekat pejabat.

Sampai suami ini tak penah pun tolong buang sampah, tukar lampin anak malah tolong kemas rumah pun tak penah. Semua isteri dah buatkan. Bila balik kerja goyang kaki je.

Mungkin suami-suami rasa perkara ini seronok dan membahagiakan anda, tetapi anda silap semakin pandai isteri berdikari semakin jauhlah mereka ini dari anda.



Macam yang Firdaus Shakirin ini kongsikan bila isteri terlalu lama berdikari, dia akan mula fikir buat apa dia perlukan suami lagi. Haaa, jaga-jaga.

"Baik untuk suami, tapi kurang baik untuk rumahtangga..."

Ada isteri yang berdikari ni memang bagus sebab banyak perkara yang sepatutnya dibuat suami, dia dapat buat sendiri. Dalam ertikata yang lain, dia mengurangkan beban suami...

Suami dah tak perlu buat apa yang isteri dia dah buat. Dia mungkin cuma perlu bertanya, follow up tentang perkara-perkara itu sahaja...

Cumanya bila kita sebagai suami terlalu membiarkan banyak perkara diselesaikan isteri, diuruskan isteri dan dia buat on behalf of suami, maka itu sebenarnya sangat-sangat tak baik untuk hubungan rumahtangga kita...



Kita akan jadi selesa dan bila kita selesa, apa yang kebiasaannya kita jadi? Kita lupa diri, kita alpa dan kita dh tak nak buat dah apa yang isteri selalunya buat walaupun itu sebenarnya tugas kita sebagai seorang suami...

Isteri memang banyak perkara yang dia boleh buat sendiri. Walaupun pada permulaannya dia kurang mahir, tapi bila dah selalu buat, dia akan mahir. Tapi dia tetap seorang isteri, seorang perempuan yang mempunyai naluri bahawa, apa yang dibuatnya itu hanyalah sebagai satu bentuk pertolongan kepada si suami.

Pertolongan yang sementara...

Dan dia masih perlukan suami untuk buat kerja-kerja tu bila suami ada masa, ada kelapangan dan tak sibuk. Dia tetap nak suami jadi suami, isteri jadi isteri. Bukan smpai tahap tugas-tugas isteri dah macam seorang suami, sehingga terpaksa menggalas, memikul dan menguruskan segala-galanya sendiri.



Berdikari ni baik untuk isteri, baik untuk suami tapi kurang baik untuk rumahtangga kita sendiri. Ini kesilapan kebanyakan suami pada hari ini.

Terlalu membiarkan isteri berdikari sehingga isteri selalu berfikir, "Untuk apa aku ada suami..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen