Ketika Bercinta, Lelaki Perlu Lebih Berhati-Hati Dengan 5 Jenis Wanita Ini.

Bukan sahaja wanita yang perlu berhati-hati dengan lelaki sewaktu berkenalan, lelaki juga perlu berhati-hati dengan para wanita di luar sana. Jika lelaki bahaya dari segi fizikal dan kekerasan, wanita pula berkemungkinan bahaya disebalik kelemahannya. Lelakikan mudah terpedaya dengan kelemahan wanita.

Maka, Sewaktu Berkenalan Atau Dalam Proses Mencari Jodoh, Para Lelaki Digalakkan Untuk Lebih Berhati-Hati Dengan 5 Jenis Wanita Ini…

1. Terlalu mudah berkecil hati.

Dalam situasi ini, wanita mudah berkecil hati sekiranya apa jua perkara dan urusan yang dilakukan diberikan kritikan. Malah, mudah berkecil hati sekiranya perkara yang hendak dilakukan, tidak diterima pengiktirafan. Senang cerita wanita ini mahukan dirinya semua betul sahaja.

Mahu sentiasa menang.

Kalau dia berkecil hati pasti, lelaki perlu pastikan untuk menerima rajukan panjangnya.

2. Terlalu banyak emosi.

Wanita yang terlalu banyak emosi adalah wanita yang tidak mudah mengawal emosinya dalam satu masa. Senang betul mood swing. Sekejap nak marah. Sekejap nak menangis. Sekejap lagi gembira pula. Orang sekelilingnya juga rasa amat rimas dengan sikapnya yang sebegini.

Jika anda sebagai lelaki memiliki teman wanita yang mempunyai mood swing ini, anda perlu lebih berhati-hati dengan membaca setiap pergerakannya. Ini kerana anda tidak tahu kemungkinan besar apa yang anda lakukan akan membuat dirinya mudah berubah emosi.

3. Terlalu mudah menangis.

Bak kata orang, mudah cengeng.

Semua benda takut. Semua benda tak berani nak buat. Mesti nak ada orang teman, apatah lagi nak ada orang back up dirinya. Wanita ini sudah tentu memerlukan anda sentiasa disisi, tidak boleh pergi jauh. Senang cerita wanita ini sangat clingy orangnya. Terlalu kebudak-budakan.

Dia juga sentiasa rasa insecure dengan dirinya sendiri. Tidak mudah berpuas hati apa yang ada dalam dirinya, jadi dia amat memerlukan seorang lelaki yang dapat meningkatkan keyakinan dirinya.

4. Terlalu mudah sentap.

Wanita yang terlalu mudah sentap ini, adalah seorang yang tidak boleh menerima sebarang teguran, apatah lagi lawak yang hambar. Wanita ini mempunyai ciri-ciri diri yang sangat ego dan serius, jadi tidak mustahil dirinya dalam diam mudah tersentap. Kalau tengok tiba-tiba dia menjauhkan dirinya dari anda, pasti ada sesuatu yang berlaku.

Mungkin apa jua yang anda cuba sampaikan atau lakukan telah mengguris hatinya, tetapi si dia masih pendamkan sahaja. Jangan terkejut kalau satu hari nanti, dirinya meletup dan mengamuk tak tentu pasal.

5. Terlalu mudah menyerah diri.

Menyerah diri ini ada 2 maksud, sama ada wanita ini mudah berputus asa, mahupun serah dirinya mentah-mentah pada seorang lelaki. Namun, kedua-duanya para lelaki perlu lebih berhati-hati kerana lama-kelamaan akan memakan diri.

Wanita yang mudah berputus asa ini terlalu bergantung harap dengan lelaki sehingga akan merimaskan lelaki tersebut. Kelihatan kalau serah diri, wanita itu yang menjadi mangsanya, akan tetapi dirinya akan mula mengambil kesempatan ke atas anda dalam apa jua situasi. Mungkin psiko.

Kalau anda sudah terperangkap dalam situasi nombor 5 ini, lebih baik undur diri.

Jadi, Hati-Hati!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen