Masa Berkenalan Tu, Cuba Tengok Korang Serasi Ke tak Dalam 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk mencapai keserasian bersama bukanlah satu perkara yang mudah untuk diperkatakan. Ada sesetengah orang akan mencapai keserasian ini apabila mereka tinggal bersama malah ada juga yang akan capai keserasian bersama walaupun masih lagi bercinta.

Haa, kalau korang nak jumpa keserasian waktu bila? Lepas berkahwin atau masa bercinta?

Tapi jangan tak tahu, kadang kala keserasian ini terbina apabila rasa cinta dan sayang korang terlalu kuat. Ada juga yang tak ada keserasian pun tapi kerana rasa sayang sanggup je bertahan.



Namun begitu, secara semulajadinya, kalau korang dengan pasangan korang tidak ada keserasian yang elok antara satu sama lain, tak mustahil kalau benda ini akan menjadi satu senjata yang merosakkan hubungan anda.

Banyak benda yang korang boleh tengok dan tentukan keserasian korang. Mungkin ia bukan satu ukuran tetapi lebih kepada penanda keserasian bersama.



1. Emosi.

Selalunya mana-mana pasangan akan berdepan dengan masalah ini. Di mana setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk meluahkan emosi mereka. Ada sesetengah orang lebih senang kalau mereka cakap terus apa yang terbuku di hati tetapi ada juga yang lebih suka menyimpan di dalam hati.

Ini semua bergantung kepada orang itu sendiri, tetapi jika korang sebagai pasangan ini dapat memahami dirinya lebih mudah untuk capai keserasian dalam bab ini.

2. Gaya pemikiran yang sama.

Kalau korang berjumpa dengan pasangan yang memiliki gaya pemikiran yang sama, ia memang menyeronokkan. Di mana korang boleh cakap dan berbincang mengenai apa sahaja.

Tetapi kalau korang tak jumpa yang miliki pemikiran yang sama, pasti ia menjadi satu perkara yang rumit. Ini kerana pasangan kurang berminat untuk terus berbula atau berbincang dengan anda. Paling tidak pun pendapat anda akan dienddahkan begitu sahaja.



Pemikiran yang berbeza ini biasanya akan membuatkan ramai orang tidak tahu bagaimana menjadi pendengar yang baik, memahami pemikiran pasangan, dan memahami cara pemikiran yang berbeza darinya.

3. Tingkah laku.

Setiap orang sudah tentu mempunyai tingkah laku yang berbeza. Sudah menjadi perkara biasa setiap dari korang akan berjumpa dengan pasangan yang memiliki tingkah laku yang kontra dengan korang. Akan tetapi tingkah laku sosialnya akan menunjukkan adakah kalian serasi untuk bersama.

Ada sesetangah orang tidak boleh kalau pasangannya memiliki banyak kenalan begitu juga sebaliknya, jadi cari seseorang yang korang rasa tingkah laku sosialnya tidak akan menyakito hat korang sendiri.

4. Latar belakang.

Adalah lebih elok kalau korang cari pasangan yang sama-sama miliki latar belakang yang hampir sama. Kalau korang cari pasangan yang berbeza latar belakang kemungkinan ia akan memberi masalah kepada korang sendiri.

Biasanya latar belakang ini akan mengrangkumi seperti tahap Pendidikan, sekufu atau tidak malah latar belakang ahli keluarga. Masa bercinta biasa tak kesah tetapi kalau dah kahwin nanti takut jadi kesah laa pulak kan.



5. Kamahuan.

Tak salah kalau memiliki kemahuan yang berbeza asalkan masing-masing tetap bermotivasi dengan apa yang diinginkan. Tetapi yang salah adalah, sudahlah berbeza kemahuan dan salah seorang pula menjadi penentang kemahuan tersebut. Sudah tentulah ia bukan perkara yang menyeronokkan.

Keserasian yang awal perlu dilihat melalui 5 perkara ini dulu, selepas kahwin nanti boleh la check keserasian yang lain pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen