Kalau Rasa Nak Kongsi Masalah Rumahtangga Dengan Keluarga Atau Rakan Itu Baik Batalkan Je, Takut Makin Mudarat Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berdepan dengan sesuatu masalah kita lebih memilih untui meluahkan perkara tersebut kepada orang yang kita percayai. Rakan yang rapat atau keluarga adalah orang yang paling sesuai untuk mendengar segala luahan masalah yang dihadapi.

Akan tetapi boleh ke segala masalah yang kita hadapi itu kita luahkan kepada orang lain. Macam mana pula dengan masalah yang melibatkan perkahwianan? Ini kerana perkahwinan bukan hanya melibatkan anda sahaja tetapi ia juga melibatkan pasangan anda.



Anda mungkin berniat untuk berkongsi masalah atau bertanyakan tentang pendapat mereka. Akan tetapi boleh sahaja perkara sebegini menimbulkan salah faham dikalangan mereka.

Sebenarnya, berkongsi masalah berkaitan perkahwinan itu adalah sangat tidak digalakkan.

Ini kerana, saat anda sedang menyimpan marah pada pasangan, sudah tentu anda akan mula melontarkan segala kelemahan dan tidak menggambarkan pasangan dengan cara yang baik. Anda akan lebih mudah untuk berkongsi-kongsi perkara-perkara negatif mengenai pasangan anda. perkara sebegaini akan memberikan tanggapan buruk kepada pasangan anda.



Walaupun anda ini begitu rapat dengan rakan-rakan serta keluarga anda, itu belum tentu mampu menghakis tanggapan buruk yang akan mereka lihat pada pasangan kita. Ini kerana, apabila kita sudah meletakkan satu pandangan yang buru kepada seseorang teramat sukar untuk kita mengubahnya.

Malah keadaan akan semakin memburuk apabila anda berkongsi kepada orang yang salah. Boleh jadi sahaja mereka ini akan menyebarkan kepada orang lain, di mana ia akan lebih menjatuhkan maruah pasangan anda.

Sebab itulah, adalah lebih baik kalau anda tidak melakukan segala perkongsian masalah. Baik masalah kecil atau besar, adalah lebih baik jika anda berkongsi masalah itu dengan pasangan anda sahaja. Ini kerana, masalah tersebut perlu diselesaikan bersama pasangan anda bukannya orang lain.

Anda perlu ingat bahawa orang ketiga ini bukan apabila seseorang itu berlaku curang, boleh jadi orang ketiga ini adalah mereka yang mendengar dan memerhati rumahtangga kita.



Antara masalah yang tidak patut dikongsikan:

1. Masalah kewangan.
Ini adalah topik yang paling sensitive untuk anda kongsikan bersama orang lain. Walau apa pun masalah kewangan yang anda hadapi jangan kongsi bersama orang lain. Lebih baik anda cuba selesaikannya bersama pasangan anda sendiri.

2. Perkara-perkara yang membuat pasangan dipandang rendah.
Jangan berkongsi perkara seperti sikap, tabiat atau apa-apa pun yang kalau orang lain dengar akan memberi pandangan buruk kepada pasangan anda. Mungkin niat anda untuk berkongsi tetapi perkara sebegini akan menjatuhkan maruah pasangan anda itu.

Sebenarnya kalau diikutkan, tidak semua orang senang melihat kita bahagia. Malah kadang kala ahli keluarga pula seolah-olah tidak mahu anak mereka ini ditindas atau tidak bahagia, jadi berkongsi masalah rumahtangga kepada rakan atau keluarga ini kadang kala hanya akan memburuk keadaan sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen