Jangan Cuba-Cuba Nak Tipu Isteri, Naluri Mereka Ini Kuat Silap-Silap Boleh Kantoi Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau tak nak kena ungkit sampai sakit telinga dengar, baik jangan cuba-cuba nak tipu isteri. Isteri ini dia punya naluri memang kuat, nak-nak lagi dekat orang yang mereka sayang. Tak payah nak tunggu lama-lama, sehari dua anda tipu pun boleh kantoi.

Tak payah nak guna bomoh atau apa pun, sekali dia pandang muka anda, dia tahu ada benda yang tak kena. Haa, jangan main-main dengan kelebihan isteri ini.



Jadi suami-suami cuba dengar nasihat Ariff Ismail ini. Selalunya kalau orang lelaki bagi nasihat rumahtangga ini memang betul-betul berguna. Kalau suami-suami cuba tipu isteri, jangan ingat boleh lepas, mahu sepanjang minggu mereka ungkit pasal ini.

" Yang abang balik lambat, p tengok bola dengan member "

Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri :

" okay abang, jangan balik lambat sangat "



Jika kita dalam sutuasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak p tengok bola, teruskan. Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother.

Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi. Panca indera kaum hawa ni padu, kalah kuasa Thanos.

Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak p tengok bola tapi p tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pon dia akan keluar ayat " tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?".



Ehh macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat.

Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka. Nak ikut depa buat hobi depa pon kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki.

Perempuan ni satu je, kalau kita dah kantoi sekali menipu, memang sampai kiamat lah depa tak percaya dah. Baru jadi "nightmare" kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama.



Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pon, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. Inshaallah mereka akan faham dan beri kerjasama.

Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. Inshaallah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen