Nak Didik Anak Lelaki Menjadi Anak Yang Soleh, Si Bapa Jangan Lakukan 7 Perkara Ini.

Dalam tanggung jawab mendidik anak-anak, ia bukan sahaja tugas seorang ibu, ayah juga perlu jalankan tugas ini supaya ia menjadi seimbang dalam tumbesaran anak-anak. Ayah bukan sekadar untuk kelihatan hero dan macho sahaja depan anak-anak, tetapi perlu tunjukkan apa itu sebenarnya tanggung jawab sebagai seorang lelaki.

Jadi, Untuk Mendidik Anak Lelaki Menjadi Anak Yang Soleh, Si Bapa Elakkan 7 Perkara Ini…

1. Lepak dengan kawan-kawan sehingga lewat malam.

Mana anak lelaki mendapat tabiat suka lepak sampai lewat malam? Daripada keadaan sekeliling, malah melihat ketiadaan bapanya di dalam rumah. Jika anak sering melihat bapanya tiada dirumah, automatik mindset mereka menyatakan, ia adalah perkara biasa sekiranya orang-orang lelaki lepak sehingga lewat malam.

2. Ketagih melayan whatsapp group.

Dengan adanya telefon bimbit masa kini, generasi kita bukan sahaja ketagih untuk bermain game dan seumpama dengannya, malah ketagih juga untuk melayan kerenah-kerenah kawan di whatsapp group. Tidak cukup dengan berjumpa dengan mereka, dalam group whatsapp pun nak layan. Sebab tu tak henti-henti notification naik, anak-anak pun rajin pula tengok.

Padahal mak sibuk masak kat dapur.

3. Bergurau dengan kata-kata seks dan perkara lucah.

Mana anak-anak lelaki dapat perkataan lucah?

Kebanyakannya daripada bapanya sendiri, termasuklah perbualan dalam whatsapp group juga. Sebab itu pada lelaki yang mahu berkahwin, hentikan lah kata-kata yang berbaur lucah, kerana ia akan menjadi sebati dalam jiwa sehingga susah untuk berubah. Bila dah susah, sudah tentu ia akan memberi kesan pada minda anak-anak.

Ia mampu memberi kesan sehingga sepanjang hayat ye.

Image result for bapa dan anak

4. Berlagak sombong dengan orang bawahan.

Siapa orang bawahan ni?

Pak guard, cleaner, pekerja asing, cashier dan seumpama dengannya.

Sekiranya si bapa itu sendiri biadap dengan orang bawahan, jangan terkejut jika terlihat anak-anak juga tidak menghormat orang yang lebih tua daripadanya.

5. Tidak mematuhi peraturan undang-undang.

Kenapa generasi sekarang ramai yang tidak beradab?

Cukup dengan video viral beberapa budak lelaki memicit makanan di sebuah kedai runcit, menunjukkan mereka tidak punya adab. Kenapa? Sudah tentu pengaruh daripada keadaan sekelilingnya, terutamanya bapanya sendiri.

Untuk menjadi seorang bapa yang hebat, patuhilah peraturan undang-undang seperti tidak memotong barisan, tidak memandu di lorong kecemasan, tidak mengambil sesuatu yang bukan hak kita, mahupun tidak membuang sampah keluar dari kereta.

6. Malas menolong isteri membuat kerja rumah.

Salah satu sebab kenapa anak lelaki zaman sekarang malas nak buat kerja rumah adalah mereka terpengaruh dengan segala apa yang bapanya lakukan di rumah. Ketika ibu memasak, ayahnya menonton televisyen.

Ketika ibunya sibuk sidai baju di ampaian, si bapa pula sibuk terbaring bermain telefon bimbit.

Jadi, salah siapa?

7. Tidak solat berjemaah.

Dan perkara yang paling penting adalah, apabila si bapa culas untuk melakukan solat wajib. Sudahlah tidak solat wajib, kalau solat pun tidak mengajak untuk solat berjemaah. Jadi, bagaimana mahu wujudkan keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah?

Mahukan rumah tangga yang bahagia, tetapi dirinya tidak memulakan apa-apa kebaikan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen