Lepas Nikah Nanti, Eloklah Buat Solat Sunat Untuk Memanjatkan Kesyukuran Dan Sebagai Pembuka Gerbang Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila masuk bab-bab nikah kahwin ini, ramai yang masih keliru sebenarnya. Ada yang keliru antara sunnah serta adat. Apa yang sellau kita lihat adalah selepas sahaja nikah, pembatalan air sembahyang di mana pihak lelaki akan mencium dahi pihak perempuan.

Tetapi di dalam Islam, cukup memadai si suami meletakkan tangan di atas ubun-ubun si isteri dan membaca doa.



Itu belum lagi yang keliru dengan solat sunat selepas nikah ini. Ada yang berpendapat bahawa solat ini perlu dilakukan sejurus akad nikah selesai, tetapi ada juga yang berpendapat ia boleh sahaja dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri.

Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:

إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.
Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)



Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:

تَزَوَّجْتُ وَأَنَا مَمْلُوكٌ , فَدَعَوْتُ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - فِيهِمْ ابْنُ مَسْعُودٍ وَأَبُو ذَرٍّ وَحُذَيْفَةُ - رضي الله عنهم - فَعَلَّمُونِي فَقَالُوا: إذَا أُدْخِلَ عَلَيْكَ أَهْلُكَ فَصَلِّ عَلَيْكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلْ اللهَ تَعَالَى مِنْ خَيْرِ مَا دَخَلَ عَلَيْكَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ شَرِّهِ، ثُمَّ شَأنَكَ وَشَأنَ أَهْلِكَ.
Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)

Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.



Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).

Cara-cara solat sunat yang mudah

Niat solat sunat selepas nikah adalah seperti berikut:

“Usoli sunnata nikahi rak’ataini lilahi ta’ala”

“Sahaja aku solat sunat nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Solat dua rakaat je. Rakaat pertama baca surah Al-Kafirun. Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas. Settle.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen