Rasa Blur Bila Berdepan Dengan Crush Sampai Tak Tahu Nak Bual Apa, Boleh Cuba Topik Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila berdepan dengan seseorang yang kita suka, sudah tentulah kita akan berasa sedikit risau dan bimbing. Malah kadang kala rasa malu juga untuk memulakan perbualan. Yelah, takut-takut kalau si dia itu perasan perasaan korang kan?

Tetapi jika korang nak lebih dekat dan mengenali si dia, buat apa rasa malu dan takut-takut, patutnya korang lebih ke depan untuk pikat hatinya.



Jangan rasa janggal atau tak tahu nak bualkan apa, cuba untuk cari topik perbualan yang menarik yang disukai oleh orang lelaki ini.

Orang lelaki ini mudah sahaja nak tarik perhatian mereka untuk masuk ke dalam topik perbualan, cuma korang kenalah bijak untuk mengawal keadaan nanti. Kalau tak tahu nak kawal nanti boleh timbul rasa bosan malah dia rasa kurang minat.

Ini sedikit idea topik perbualan yang boleh korang gunakan untuk tarik minat dirinya untuk berbual dengan korang.

1. Kegiatan dirinya akhir-akhir ini.

Korang boleh bertanya apa yang dia lakukan akhir-akhir ini, adakah semuanya berjalan dengan lancar atau tidak. Paling kurang pun tanya mengenai perkerjaannya tetapi itu pun jika kalian sudah kenal antara satu sama lain yang agak lama. Kalau hanya kenal sebagai rakan biasa sahaja jangan yanya soalan ini, ia mungkin agak sensitif ye. Hati-hati.

Paling tidak pun korang boleh tanya, aktiviti yang dilakukan pada hari itu. Pastikan sentiasa konsisten dengan apa yang korang tanya itu. Jangan tiba-tiba tukar topik pula.



2. Tanya apa yang dilakukan semasa cutinya.

Kalau dirinya telalu sibuk dengan perkerjaan, apa kata korang cuba tanya apa yang dia akan lakukan sekiranya ada waktu lapang. Korang juga boleh tanya apa yang dirinya mahu lakukan kalau si dia mempunyai masa lapang.

Biasanya mereka ini mempunyai rancang jadi minta dirinya kongsi rancangan tersebut dan korang boleh tambah idea-idea yang menarik untuk dia terus berkongsi.

3. Trend terkini.

Kalau dah tak tahu nak bual apa, cuba lah kongsi trend-trend terkini yang menarik. Boleh je kalau nak cerita pasal gosip artis, movie terbaru ataupun isu semasa. Biasanay topik sebegini akan lebih mudah untuk dibual panjang lebar. Cuba untuk pastikan topik ini menarik dan sesuai dengan diri.



4. Perasaan atau emosinya.

Kadang-kadang kita boleh kenal seseorang yang tidak mempunyai mood yang baik atau terlalu baik. Jadi cuba korang tanya akan keadaan perasaan dan emosinya. Kalau dia sedang gembira, tanyalah gembira pasal apa? Kalau sedih tanya mengapa dia bersedih.

Selepas itu jadilah pendengar setia buat dirinya, sudah tentu lebih mudah untuk korang jalinkan hubungan yang erat nanti. Orang kata nak pikat hati seseorang yang sedang gundah gulana ini lebih mudah. Haa, cuba-cuba lah cucuk jarum.

5. Sesuatu yang menarik di penampilannya.

Orang lelaki ni pun suka kena puji, jadi tak salah kalau korang cuba memujinya untuk tarik perhatiannya. Cuba berbual mengenai penampilannya. Selain itu, cuba lah cakap “penampilan sesuai buat dirinya”, ini lah yang orang lelaki nak dengar sangat sebenarnya.

Nak mulakan satu perbualan ini bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Terutama jika kita ini mempunyai hati terhadapnya. Akan tetapi kalau tak mulakan sampai bila-bila pun korang tak berpeluang nak mendekatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen