Nak Ubah Isteri Jadi Solehah Bukan Sehari Dua, Yang Penting Suami Kena Soleh Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengimpikan gadis solehah sebagai pasangan hidup sudah tentu menjadi salah satu impian bagi jejaka-jejaka di luar sana. Sekali memandang gadis solehah ini memang sejuk sahaja, itu belum disertakan sekali dengan senyumannya yang manis. Memang cair lah hati sesiapa yang memandangnya.

Sebab itulah kalau dapat isteri yang solehah ini memang patut bersyukurlah. Senang nak dibimbing pun ye mereka-mereka yang solehah ini.

Akan tetapi kalau tak dapat yang solehah pun tak apa. Yang biasa-biasa pun boleh dibimbing jadi solehah macam yang kita mahukan. Tetapi pastikan bimbangan yang diberi itu penuh dengan kesabaran, jangan terlalu memaksa macam yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini. Nak berubah jadi solehah bukan mudah, makan masa, jadi sebagai suami kenalah banyak membimbing.



Nak ubah isteri jadi solehah, bukan sehari dua...

Dari start bercinta dengan dia lagi kita dah kena bagi dia tahu, apa yang kita nak dari dia, apa yang kita nak dia jadi, tapi jangan paksa dia untuk jadi macam mana yang kita nak...

Biar dia jadi solehah sendiri...dengan kemahuannya sendiri, dengan rela hati...

Orang perempuan tak suka dipaksa, tak suka didesak dan jangan sesekali tundukkan dia dengan amaran-amaran keras kerana perubahan yang dibuat atas dasar keterpaksaan, tak kekal lama...

Kita letak garis panduan untuk dia...terangkan pada dia apa yang sepatutnya dia pakai, bahagian mana yang sepatutnya dia tutup...pastu guna kaedah psikologi dengan berkata, "sejuk ja mata tengok orang yang pakai tudung labuh...pakai hand socks, pakai stokin, dan nampak muslimah..."



Puji secara umum, bukan membanding-bandingkan dia...

Then belikan dia tudung labuh yang awak nak, yang menutupi dadanya...belikan dia handsocks, stokin...hadiahkan dia baju-baju yang muslimah seperti mana yang awak nak, then cakap, "nanti kalau awak dah bersedia, pakai la apa yang saya hadiahkan ni..."

Kemudian, imamkan solatnya, baca al quran bersamanya, ajar dia hal-hal berkaitan agama...yang paling penting sekali, kita sebagai suami kena tunjukkan contoh yang baik, kena jadi soleh dulu...sebab isteri susah nak jadi solehah pada suami yang tak soleh...

Setiap suami pasti menginginakan seorang isteri yang solehah, namun ingat, isteri takkan jadi solehah dengan sendirinya...mereka perlu dididik, dibimbing dan diberikan tunjuk ajar...

Mudah-mudahan, kita mampu mengubah isteri kita menjadi seorang isteri yang solehah...InsyaAllah...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen