Kajian: 5 Sebab Mengapa Wanita Lebih Suka Memilih Teman Lelaki Berbadan Besar.

Oleh: Rafi

Jika selalunya kita mendengar bahawa wanita hanya tertarik kepada lelaki yang mempunyai bentuk badan sado dan tegap sahaja bukan? Tetapi adakah anda ketahui bahawa kajian telah dilakukan dan ternyata ramai wanita yang memilih lelaki yang berbadan besar untuk dijadikan teman hidup! Bagi sesetengah orang ianya kedengaran agak melucukan, tetapi anda jangan pula memandang rendah dengan lelaki berbadan besar ya! Mereka juga memiliki kelebihan untuk memikat hati ramai wanita diluar sana. Kajian menjelaskan 5 sebab mengapa wanita lebih sukakan lelaki berbadan besar. Mari kita lihat hasil kajian berikut.



1. Hubungan intim lebih baik.

Kajian telah dibuat dan ternyata mengapa lelaki berbadan besar sangat hebat ketika berasmara, 42 peratus wanita memilih jawapan, lelaki berbadan besar lebih mengutamakan keinginan wanita daripada apa yang mereka inginkan. Mereka lebih mengautamakan anda dan sentiasa memanjakan anda setiap kali melakukan hubungan intim.

2. Lebih penyayang.

Kajian membuktikan, 42 peratus wanita mengakui lelaki berbadan besar lebih penyayang dan lemah lembut. Mereka akan melayan anda dengan begitu baik dan menghormati anda sebagai seorang wanita.



3. Kelakar.

Banyak kajian mendedahkan wanita tertarik pada lelaki kelakar dan selalunya lelaki gemuk bijak berjenaka. Mungkin tidak semua lelaki gemuk boleh berjenaka, namun mereka yang berbadan besar lebih suka melakukan perkara yang diluar jangkaan dan melucukan!

4. Wanita rasa lebih yakin.

Kajian mendedahkan, 27 peratus wanita merasakan, lelaki berbadan besar kurang peka dengan badan wanita ketika berasmara. Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri seorang wanita. Ini mungkin salah satu mengapa wanita lebih suka lelaki yang berbadan besar mendekatinya dan dijadikan teman hidup.

5. Setia.

Lelaki berbadan besar dianggap lebih setia. Disebabkan kurang keyakinan diri, lelaki berbadan besar tidak mempunyai keinginan untuk menduakan pasangan mereka.

Sebenarnya tidak kisah lelaki itu berbadan kurus ataupun besar, yang pastinya wanita sangat menyukai lelaki yang pandai mengambil hati bahkan seorang yang memahami, jika rupa sahaja kacak tetapi tidak memahami hati wanita, boleh jadi hubungan itu tidak menjadi dan akhirnya mengakibatkan perpisahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen