Patutlah Menantu Lelaki Tak Ada Masalah Nak Tinggal Dengan Mertua, Ini Sebabnya Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perselisihan faham antara menantu perempuan dengan keluarga mertua bukanlah satu perkara yang asing lagi. Masalah-masalah sebegini biasanya akan berlaku apabila menantu perempuan itu tinggal bersama keluarga mertua ataupun bukan menantu pilihan keluarga.

Selalu bukan kita dengar mengenai masalah ini, akan tetapi jarang-jarang sekali kita dengar akan masalah menantu lelaki yang tinggal bersama keluarga mertua.

Menantu lelaki ini tak buat salah ke? Ataupun taka da menantu lelaki yang tinggal sebumbung dengan keluarga mertua?



Sebenarnya, kalau ada pun menantu lelaki duduk bersama keluarga mertua, pasti isteri mereka ini bijak untuk memainkan peranan sebagai isteri dan juga anak perempuan. Bijak untuk menjaga hati kedua-dua pihak walaupun kadang kala terpaksa melukakan hati sendiri.

Seperti perkongsian daripada Farizal Radzali ini memang banyak betulnya, peranan sebagai seorang isteri dan anak perempuan ini membantu sangat agar kedua-dua pihak tidak saling bermasam muka.

Ada beberapa orang isteri pm saya, beritahu masalah suami dengan ibu bapa kandung si isteri. Mereka tinggal bersama dengan ibubapa isteri.

Salah satu kisahnya, suami suka tidur & bangun lewat. Emak tak suka. Pernah marah menantu lelakinya tapi isteri cuba menenangkan. Sejak itu, si emak selalu membebel kat anaknya pasal keburukan menantunya. Isteri cuba tegur suami tapi ditempelak dek suaminya semula.

Satu lagi kisah, suami asyik main hp sampai anak-anak ajak main pun kena marah. Ayah mertua tegur, dia terus masuk bilik tak keluar. Maka isteri lah yang pujuk ayahnya & tegur suaminya juga. Sampaikan dirinya pulak kena marah kerana diamkan diri bila suami bersikap begitu, kerana diamkan diri bila ayah menegurnya seperti nak jatuhkan maruahnya sebagai lelaki.



Akhirnya, saya dapat sedikit pencerahan, kenapa menantu lelaki boleh tinggal sekali dengan mertua tetapi menantu perempuan tak boleh?

Menantu perempuan tak boleh sebab artikel saya yang terdahulu. Belum baca? Klik link kat komen.

Tapi kenapa menantu lelaki boleh je tinggal dengan mertua?

Sebab isteri kepada menantu lelaki tu yakni yang juga anak perempuan kepada mertua lelaki tersebut yang sering jadi orang tengah.

Bukan takde selisih faham antara menantu lelaki dengan mertua. Ada, pasti ada. Selagi 2 orang dari kehidupan berbeza cuba nak hidup bersama, pasti ada bunyi.

Bila terjadi perselisihan faham antara menantu lelaki dengan mertua, isteri ni la yang akan jadi penenangnya. Kat depan suami, dia sokong suami dan memberitahu juga kebaikan mak ayahnya. Kat depan mak ayahnya, dia sokong mak ayah & juga memberitahu kebaikan suaminya. Maka, 2 pihak ni akan cuba menahan emosi demi si anak perempuan / isteri tadi.

Adakala mak ayah melepaskan marah pada menantu lelaki melalui anak perempuannya. Maka anak perempuan itulah mengambil tugas menegur suaminya. Begitu juga bila suami melepaskan rasa tak puas hati kepada mertuanya. Maka tugas isterinya yang akan membetulkan keadaan mak ayahnya agar si suami selesa.



Dalam erti kata sebenar, isteri tak lari bila ada masalah di antara suaminya & mak ayahnya. Malah adakala dia lebih tertekan kerana terpaksa melayan kerenah kedua-dua pihak ni. Yang tu mak ayah yang membesarkannya, yang ni suami yang memegang kunci syurganya. Sebab tu suami masih boleh tinggal dengan mertua tanpa bunyi. Bukan takde bunyi tapi isteri dah serap bunyi tu.

Berbeza dengan suami yang membawa isterinya tinggal dengan mak ayahnya. Bila isterinya berselisih faham dengan mak ayahnya, dia akan suruh 'diam je', atau paling koman pun dia kata 'semua mak memang macam tu. Biar je'. Bila malas nak dengar, dia keluar lepak dengan kawan, dengan alasan malas nak layan, nanti ok la tu. Tapi bila keadaan dah makin teruk, tu yang jadi terpaksa buang isteri, sebab tak boleh buang mak, nanti jadi si Tanggang moden.

Tinggal sekali bersama mertua mahupun keluarga sendiri, tetap isteri yang makan hati. Ini pun masih ada yang buat tak nampak ihsannya seorang isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen