Bersyukurlah Jika Miliki 2 Tanda Ini, Ia Adalah Rahmat Allah Dalam Rumahtangga Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Misi utama sebuah perkahwinan sudah tentulah inginkan hubungan yang sentiasa di bawah Rahmat Allah, maka ini akan dijadikan sebagai impian setiap insan. Seperti yang kita tahu, membina sebuah keluarga yang bahagia dan juga mendapat Rahmat Allah bukanlah satu perkara yang mudah.

Sudah tentu ia akan menguji hati kedua-dua pasangan malah ia juga akan menguji hubungan rumahtangga. Namun begitu, dalam setiap ujian yang menimpa itu sudah tentu ada amalan yang kita akan kita amalkan untuk mendapat Rahmat Allah.



Menurut Abu Hurairah Asifa terdapat 2 tanda amalan suami isteri itu diterima Allah. Mari ikuti perkongsian ini.

Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?

Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak? Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke? Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai?



1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat.

Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana. Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.



2. Berterusan membuat kebaikan

Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan. Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah. Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.

Begitulah kalian.

Rumahtangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu. Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.

Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan. Setia disisi walau diuji. Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya. Rumahtangga bahagia kerana taqwa. Rumahtangga derita kerana dosa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen