Syurga Romantika Untuk Pasangan Bercinta Di Eropah.

Oleh: Rafi

Pastinya semua lelaki sudah sedia tahu bahawa setiap wanita amat sukakan kejutan. Suatu kejutan yang boleh menjadikan suatu memori itu sukar dilupakan dan sentiasa manis diingati. Dan oleh kerana itu, para lelaki sanggup memikirkan pelbagai cara yang romantis untuk memberikan kejutan yang terbaik buat pasangannya. Antara salah satu cara yang paling romantis untuk memberi kejutan kepada pasangan anda adalah dengan membawanya ke suatu tempat yang romantis. Ya, sudah tentu wanita sukakan hal-hal yang romantik apatah lagi dapat pergi ke suatu tempat yang diimpikannya. Jadi, jika berbicara soal tempat apakah yang paling romantis, tak lain tak bukan yang bermain di kepala anda adalah sudah tentunya Eropah. Syurga cinta untuk pasangan bercinta. Berikut adalah tiga destinasi romantis di Eropah buat anda dan pasangan anda untuk menikmati satu memori terindah bersama.



1. Paris, Perancis.

Paris bukan lagi suatu tempat yang asing dan tidak diragui kecantikan bandarnya. Ia dikenali sebagai ‘City of Love‘ kerana ia merupakan destinasi yang paling dikunjungi oleh pasangan bercinta. Waktu tengahari anda boleh diluangkan dengan berehat di kafe kaki lima dan bersiar-siar di sepanjang Seine bersama pasangan. Malam pula untuk meninjau cahaya Menara Eiffel, menikmati masakan Perancis yang asli, sebelum menuju ke Moulin Rouge, yang pastinya akan menyediakan satu pengalaman yang unik yang tidak mungkin boleh didapati di kebanyakan bandar besar yang lain.



2. Venice, Itali.

Apa lagi yang boleh dikatakan tentang Venice yang sememangnya amat dikenali sebagai taman cinta? Tempat ini bukan sahaja sering dikunjungi ramai, malah juga turut difilemkan dalam beberapa rancangan TV dan filem romantis. Dengan terusannya, gondola, kedai-kedai makan yang hebat, hotel yang selesa, lawatan ke opera dan perjalanan ke Grand Canal pastinya akan melengkapkan pakej cuti romantika anda bersama pasangan.

3. Prague, Republik Czech.

Prague adalah salah satu ibu kota yang terletak di persisiran Sungai Vltava. Ia merupakan sebuah monumen UNESCO, dan dikenali sebagai ‘City of a Hundred Spires‘ serta Dataran Bandar Lamanya yang unik menjadikannya salah satu daripada bandar-bandar yang paling menarik di dunia. Tempat ini akan menjadikan hari-hari anda bersama yang tercinta romantik dalam gaya oldtown. Bersiar-siar di lorong-lorong bercahaya dan nikmati makan malam di salah satu kafe kecil yang terdapat di situ. Boleh dikatakan, kota ini memiliki hampir kesemua benda yang dicari oleh pasangan anda.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen