Apabila sudah bergelar isteri, membebel tanpa henti boleh dianggap sebagai hobi. Itulah tanggapan bagi setiap para suami. Jika suami memandang remeh pada bebelan mahupun teguran isteri, pasti hanya menganggap isteri mahu salahkan dirinya sahaja.
Sebab itu berlakunya pergaduhan.
Sebab itu berlakunya salah faham.
Sebab suami taknak mendengar, dan mahu salahkan isteri seratus peratus. Padahal setiap teguran isteri pasti ada maksud dan sebab yang suami tidak nampak…
Begitu juga dengan pesanan yang telah dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin yang amat memahami hati dan perasaan wanita ini…
********
Isteri cuma nak kita tahu yang….
Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan takde tenaga, bukan merungut…
Tapi 'penat' yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya...nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yang patut...
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yang diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri...
Tapi dia nak kita faham, klu dia tak nak duduk lama dirumah mertuanya itu kenapa...kalau dia kurang berbicara dalam group keluarga itu kenapa...
Kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa...dia nak kita faham yang dia dah cuba buat mcm yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai org luar...org asing...
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu...
Dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab...
Jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jangan terlalu selesa bila ditolong...
Isteri cuma nak kita tahu yang….
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter pada kita, itu bukanlah tandanya yang kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat….
Tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik daripada apa yang kita jadi sekarang ni...
Dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah...
Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat...
Itu ja...
********
Semoga Bermanfaat Bagi Para Suami!
Tinggalkan Komen