Menurut Kajian, Cabaran Keluarga Masa Kini Adalah Untuk Menyediakan Perbelanjaan Pendidikan Anak.

Sudah sedia maklum, kewangan adalah antara aspek utama untuk membina rumah tangga, termasuklah dalam penyediaan perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak. Jangan terlambat untuk merancang perbelanjaan ini, kalau mahu melihat anak-anak membesar dengan cemerlang seperti perkongsian dari Puan Noor Afidah ini…

********

Image may contain: text

Cabaran Ibubapa Paling Besar Masa Kini.

Walaupun kita sering merungut soal disiplin remaja, namun berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), cabaran disiplin remaja berada di tangga ke-3 dalam senarai cabaran yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia.

Masalah perbelanjaan pendidikan anak-anak berada di tangga yang teratas.

Saya juga terbaca statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang melaporkan bahawa isu kewangan keluarga adalah isu utama yang dibawa ke Tribunal Perkahwinan dari tahun 2013-2019.

Saya bukan pakar kewangan, jauh sekali hendak mempromosikan mana-mana produk kewangan. Walaubagaimanapun rata-rata ibubapa kini sedar dan terasa bahawa kos membesarkan, menyekolahkan dan mendidik anak-anak pada zaman sekarang adalah amat tinggi.

KEPADA ANAK-ANAK MUDA yang akan mendirikan rumahtangga atau baru mendirikan rumahtangga, rancanglah tabung pendidikan anak-anak. Ketika anak masih bayi, masih kecil masih di tadika, atau bersekolah rendah, tempiasnya KURANG terasa.

Anda masih boleh bersuka ria berbelanja besar, makan besar, hidup dengan 'lifestyle' yang mewah, bercuti ke sana ke mari, 'online shopping' sakan, bergaya dengan gajet terbaru di pasaran dan sebagainya. Peritnya akan mula dirasakan apabila anak akan memasuki kolej ataupun institusi pengajian tinggi.

Percayalah cakap Akak ni Dik!

Walaupun ada insentif dan peruntukan pendidikan oleh kerajaan dan kita juga mengharapkan insentif ini akan berterusan tetapi bagaimana jika satu hari nanti peruntukan dan insentif itu berkurangan ataupun ditiadakan?

Bagaimana Dengan Pendidikan Anak-Anak Kita Pada Masa Itu?

Inilah persoalan yang bermain di fikiran saya dan suami apabila mendirikan rumahtangga 24 tahun lalu. Persoalan itu telah menggerakkan kami untuk menyimpan dan menabung bagi pendidikan anak-anak bermula dari HARI PERTAMA mereka lahir.

Nampaknya jangkaan kami pada masa itu tepat. Kini apabila anak-anak sudah menjangkau usia untuk memasuki institusi pengajian tinggi, biasiswa dan pinjaman pendidikan tidak lagi serancak 30 tahun lalu ketika kami seusia mereka.

Bagi kami, jika ada rezeki anak untuk mendapat pinjaman pendidikan atau biasiswa kerana merit (bukan menggunakan ‘kabel’) maka itu adalah satu bonus. Jika rezeki lebih berpihak kepada orang lain yang lebih layak, maka di situlah simpanan pendidikan itu memainkan peranannya.

Alhamdulillah, simpanan dari 23 tahun lalu banyak membantu kami dalam menguruskan pendidikan anak-anak selama ini.

Anda tidak perlu tunggu menjadi orang kaya untuk menyimpan. Definisi kaya itu sendiri adalah sangat sabjektif. Ada yang berpendapatan tinggi tetapi boros berbelanja dan tidak ada simpanan. Ada yang berpendapatan lebih rendah tetapi pandai merancang dan menabung untuk pendidikan anak-anak.

Mulakan Dari Awal Untuk Merancang Kewangan Anak-Anak.

 

Saya tersentuh dan kagum dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang rakan Parent Connect baru-baru ini. Beliau mengunjungi institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk bertanyakan yuran pengajian di institusi-institusi tersebut bagi merancang tabung pendidikan anaknya yang baru berusia 6 tahun.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa dia ‘over’ kerana anak masih kecil kenapa harus difikirkan soal universiti anak? Beliau bukannya fikirkan soal akademik anak, sebaliknya dengan mengetahui kos pengajian sekarang, mereka suami isteri dapat menjangka kos 10 tahun akan datang yang perlu disimpan dari sekarang.

10 tahun adalah satu jangkamasa yang singkat.

Pejam celik pejam celik anak sudah pun tamat tingkatan 5.

Inilah contoh ibubapa proaktif yang merancang untuk keluarga dan anak-anak.

Ini bukan soal menjadi kaya, tetapi soal merancang kewangan keluarga untuk pendidikan anak-anak.

Apabila tidak dirancang dari awal, kita akan menghadapi cabaran dan tekanan yang mungkin boleh memudaratkan ikatan kekeluargaan.

Berbincanglah dengan pasangan anda.

'Tag' pasangan jika perlu kerana ini memerlukan usaha bersama.

Menyimpanlah ya ayah ibu sekalian.

Belajarlah dari pengalaman dan cabaran orang lain.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen