5 Tanda Kita Menemui Kehidupan Yang Tenang.

Siapa sahaja yang tidak mahukan kehidupan yang tenang?

Kehidupan yang tenang adalah orang yang pandai mencari kebahagiaan dalam kehidupannya sendiri. Tidak mengharapkan kebahagiaan daripada orang lain, apatah lagi mengharapkan balasan untuk dibalas dengan baik. Semua yang dilakukan adalah kerana Allah, dan untuk Allah SWT. Subhanallah…

Sebagaimana Allah SWT berfirman;

“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana….” (Al-Fath: 4)

Kehidupan Yang Tenang Juga Adalah Tanda-Tanda Kita Adalah Orang-Orang Yang Baik, Orang Yang Baik Pasti Akan Merasakan Kehidupannya Seperti Berikut….

1. Tiba-Tiba Ramai Yang Memberikan Bantuan.

Apabila kita tidak mengharapkan balasan, dan lakukan semua urusan kerana Allah, ke jalan Allah, pasti kita akan menemui jalan hidup yang sebegini. Dapat pertolongan dari orang ramai yang tidak disangka-sangka.

Ini kerana kita tahu, melakukan kebaikan di dunia ini adalah tuntutan kita sebagai orang Islam, dan individu yang berperikemanusiaan.

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil….” (Al-Mumtahanah: 8)

2. Tidak Pernah Merasa Sesak Walaupun Lihat Akaun Bank Hampir ‘Kosong’.

Kita juga akan merasa tenang dan berlapang dada sekiranya tidak diberikan rezeki dari segi duit dan harta yang cukup. Lihat sahaja akaun bank yang hampir kosong, kita tidak cepat mengeluh, tetapi ucap Alhamdulillah, kerana Allah berikan rezeki dari aspek yang lain seperti…

  • Tubuh badan yang sihat.
  • Keluarga yang bahagia dan sihat.
  • Dapat melihat pasangan (suami/isteri) tersenyum dengan selamat.
  • Dapat memeluk erat ibu bapa yang masih hidup di dunia.
  • Suasana pekerjaan yang tidak toksik, dan sebagainya….

3. Dalam Secara Tidak Sedar, Ada Orang Mendoakan Kebahagiaan Kita.

Kenapa kita melalui kehidupan dengan hati yang tenang, dan perasaan yang jitu? Ini kerana adanya sahabat atau ahli keluarga, atau mungkin orang kita tidak kenali mendoakan kebahagiaan kita. Sebab itu, apabila orang buat jahat dengan kita, jangan kita balas dengan kejahatan yang sama seperti dia lakukan.

Lakukanlah kebaikan. Sombonglah dengan mereka dengan cara untuk menyebarkan kebaikan.

Sebagaimana Allah SWT berfirman;

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Hud: 115)

4. Mempunyai Ketabahan Diluar Jangkaan.

Selain daripada itu, kita juga sebenarnya tidak sedar bahawa kita dikurniakan jati diri dan jiwa yang sangat tabah untuk hadapi ujian dari-Nya. Hikmahnya, membuatkan diri kita menjadi lebih kuat untuk harungi segala kesulitan. Harungi dengan jiwa yang tenang kerana kita mampu berlapang dada.

5. Semua Urusan Dipermudahkan Tanpa Dijangka.

Malah, dari segala semua hal diatas, sudah tentu kita merasakan semua urusan yang kita lakukan dipermudahkan oleh-Nya. Tanpa dijangka. Tanpa meminta-minta. Ini kerana kita bersyukur dengan segala ujian, malah dengan rezeki yang diberi oleh-Nya.

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu..." (Ibrahim: 7)

Carilah Kebahagiaan Mulai Dari Diri Sendiri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen