Mahu Memohon Rezeki Yang Berkat, Ikuti Tips Doa Dari Neelofa Ini.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pengacara dan selebriti Neelofa yang terkenal ini. Setiap aktivitinya pasti akan menarik perhatian ramai netizen sehingga tular di mana-mana sosial media. Baru-baru ini, ada satu video yang telah tular dimana Neelofa telah berkongsikan satu doa untuk dimurahkan rezeki yang berkat.

Video ini telah dikongsikan oleh @Naurashares di laman instagramnya.

"Ya Allah yang Maha Pemurah,

Yang Maha Perancang,

Berikanlah aku rezeki seluas langitMu,

Rezeki yang berkat,

Rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,

Rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu,

Rezeki yang membawa kebaikan,

Rezeki yang membawa aku ke syurgaMu,

Rezeki yang tidak disangka-sangka,

Rezeki yang menjangkau akal-fikiran, rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,

Rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga"

Sudah sedia maklum, rezeki bukan hanya dengan duit dan harta sahaja, tetapi ia meliputi segala alam dan segala perkara yang telah dicipta oleh-Nya.

Tambahan, apabila kita mahu berdoa, mungkin kita hanya berdoa secara am sahaja dan tidak begitu khusus, mahupun terlalu panjang sehingga kita tidak tahu apa yang kita mahu Allah makbulkan. Jadi, jom amalkan doa yang telah dikongsikan oleh Neelofa ini.

Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen