Sebenarnya Perempuan Tidak Merumitkan, Tetapi Menjengkelkan. Yang Rumit Adalah Lelaki.

‘Woman Always Complicated, But Man Always Easy-Peasy’

‘Serious?’

Kaum lelaki sering menyalahkan wanita kerana suka merumitkan keadaan apabila bercinta. Namun, sebenarnya kaum wanita bukan merumitkan, mereka adalah makhluk yang overthinking dan menjengkelkan. Setiap perkara atau urusan yang sebenarnya mudah atau remeh bagi pandangan lelaki pasti akan dipanjangkan. Malah, ada pula isu yang mahu diungkit dan dibangkitkan. Itu lumrah kaum wanita.

Kaum wanita adalah kaum yang senang baca gerak hati dan perasaannya, reaksi wajahnya dan juga penampilannya. Kaum wanita adalah individu yang senang dijangka sebenarnya, bukan sukar untuk dibaca.

Yang sukar untuk dibaca dan agak complicated adalah LELAKI.

Sebagai contoh kalau dilanda masalah, kita boleh lihat kaum wanita akan mula meluahkan perasaannya pada sesiapa yang dipercayainya. Kita dapat lihat sekiranya dia murung, sedih, menangis, mahu dipujuk dan sebagainya.

Tapi LELAKI?

Siapa sahaja yang boleh baca reaksi wajahnya?

Sedih?

Marah?

Dendam?

Semuanya tiba-tiba menghilangkan diri atau mendiamkan diri. Dirinya berlagak cool seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya.

Reaksi atau tindakan lelaki tidak dapat dibaca, malah tidak dapat dijangka. Unpredictable. Sebab itu lelaki ini merumitkan. Complicated.

Jom Ketahui, Tanda-Tanda Anda Seorang Lelaki Yang Complicated….

1. Terasa sukar untuk memujuk teman wanita/isteri.

Sudah sedia maklum, perempuan mudah untuk dibaca, semua orang tahu perempuan mahu dipujuk dan mahukan perhatian. Mudah. Tetapi lelaki?

Asyik berkira-kira dengan diri sendiri sama ada mahu memujuk pasangan ataupun tidak. Luarannya kelihatan rileks, tetapi dalam minda tertanya-tanya dan banyak andaian sehingga merumitkan keadaan. Lepastu diam tanpa solusi. Abaikan kerana anggap ia remeh. Sebab itu ramai kaum perempuan tidak faham lelaki.

‘Kenapa dia tak pujuk aku ni?’

2. Sering dengan alasan ‘financial’ tak stabil.

Kenapa keadaan sebegini merumitkan?

Nak tahu kenapa ramai lelaki ditinggalkan, sebab tiada solusi apabila pasangan mengajak untuk berkahwin. Kebiasaannya, sesuatu perkahwinan itu akan terjadi sekiranya lelaki yang mengajak pasangannya untuk berkahwin berbanding dengan perempuan. Ini fakta.

Tak ramai dikalangan perempuan yang mengajak teman lelakinya berkahwin, akan berkenalan dalam masa yang singkat dan terus berkahwin. Tak ramai.

Tak ramai dikalangan perempuan akan memberi alasan ‘Nantilah, financial I tak stabil, I nak kena beli rumah…bla bla bla…’

Tapi lelaki ‘You boleh tunggu sekejap? I nak kena kumpul duit, nak kena ada harta… bla bla bla…’

Sebenarnya nak kahwin ni macam mana?

Jumpa mak ayah dulu, minta restu mereka dahulu, dalam masa yang sama kumpullah duit. Kenapa nak rumitkan keadaan dengan beri alasan financial tak stabil?

Sebab itu lelaki merumitkan. Lelaki diberi akal yang panjang. Setiap perkara mahu diuruskan dengan mudah dan tidak mahu pening kepala. Mahu fokus satu perkara pada satu masa. Bila dah fokus satu perkara pada satu masa sahaja, ia sebenarnya merumitkan keadaan dan juga orang sekeliling seperti contoh situasi di atas, dimana ia sangat penting bagi kaum wanita.

3. Tak tahu apa yang mereka mahukan.

Tanda lelaki itu merumitkan apabila tidak tahu apa yang dirinya mahukan.

Dah dapat kereta mewah, nak upgrade tambah aksesori pula....

Dah dapat isteri cantik, putih gebu, masih juga lagi mahu ‘test market’....

Tanpa lelaki sedar, sebenarnya dirinya yang merumitkan keadaan. Tidak mahu dirinya ‘dibaca’ oleh kaum wanita. Tidak mahu diri dianggap lemah oleh kaum wanita. Tidak mahu dirinya diperkecilkan, akan tetapi tidak pula ada daya untuk mengubah diri sendiri. Jadi?

Perempuan menjengkelkan. Lelaki merumitkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen