Menjadi Lelaki Dayus Tanpa Sedar, Suami-Suami Perlu Peka Akan 9 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jadi orang lelaki ini nampak macam mudah je, tetapi sebenarnya mereka ini penuh dengan tanggungjawab yang terbeban di bahu mereka ini. Tanggungjawab anak lelaki menurut Islam bukan hanya pada dirinya saja, tapi mereka juga bertanggungjawab pada empat orang wanita iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan.

Beban dan tanggungjawab anak lelaki adalah sangat besar dan mereka boleh terjerumus ke dalam dosa jika tidak diurus secara baik.



Dalam perkahwinan, suami adalah orang yang paling penting dalam hidup isteri dan anak-anak. Nak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini bukan mudah. Ini kerana, bagaimana dirinya memainkan peranan begitulah acuan anak dan isterinya.

Bila niat nak jadi suami, jadi suami yang terbaik untuk isteri, bahkan ayah yang baik untuk anak-anak. Kalau boleh tak nak jadi suami yang dayus, akan tetapi kita tahu atau tidak bagaimana maksud lelaki dayus yang sebenar?

Dayus bukan hanya ditujukan buat lelaki yang memukul isteri-isterinya, malah ia adalah satu skop yang besar sebenarnya.



Kita berikan beberapa contoh dalam keadaan apa lelaki menjadi dayus.

1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

8. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

9. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

Kawan-kawan sekalian,

Dayus adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Dosa yang Allah laknat kerana Allah telah lantik lelaki untuk menjadi pemimpin.

Bilamana dia tidak menjalankan tanggungjawab kepimpinannya, membiarkan isteri dan anak perempuan dewasa mereka terjebak dosa tanpa dia sedikit pun ada perasaan bersalah, itulah dayus.

Moga kita semua diselamatkan daripada tergolong dalam golongan ini.

Jangan jadi lelaki yang dayus, bimbinglah anak dan isteri sesuai dengan ajaran agama kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen