5 Benda Yang Kita Buat, Boleh Menyebabkan Rezeki Kita Takkan Putus-Putus.

Setiap hari usai solat kita doa mahu rezeki yang berkat…

Setiap hari kita inginkan rezeki yang berpanjangan…

Boleh dikatakan setiap hari, jauh dari sudut hati kita berdoa mahukan rezeki yang tidak putus-putus dari-Nya. Namun, adakah setiap aktiviti dan perbuatan kita menunjukkan kita layak untuk dapat rezeki yang tidak putus-putus itu?

Adakah kita bersungguh-sungguh ketika berdoa?

Adakah kita bersyukur dengan setiap pemberian dari-Nya walaupun sedikit?

Adakah hati kita berlapang dada setiap kali menerima rezeki yang kita rasakan seperti tidak setimpal?

Adakah setiap hari kita ucapkan Alhamdulillah pada-Nya?

Refleks balik diri kita sendiri.

Sebenarnya ada benda yang kita buat, boleh menyebabkan rezeki kita tak putus-putus datang. Antara perbuatan atau benda yang kita lakukan itu adalah istighfar, selawat dan selain daripada itu boleh baca sedikit perkongsian dari Encik Khairul Hakimin ini…

********

Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.

Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:

1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.

2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.

3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.

4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.

5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.

***

Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.

Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.

Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.

Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Rezeki sebarkan tulisan ini.

********

Semoga Dijadikan Teladan Dan Kita Sebarkan Contoh Yang Baik Pada Masyarakat!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen