Lelaki Ini Kongsikan, Tanda-Tanda Anak Anda Mula Jadi BOS Kepada Mak Ayahnya.

‘Sayang Anak-Anak Tangan-Tangankan…’

Itulah perumpamaan yang sering kita dengar dalam mendidik anak-anak. Malahan, cara pendidikan ini yang sering menjadi kebimbangan para ibu bapa kerana acuan anak-anak ini terbentuk daripada mereka sendiri.

Salah bentuk, salahlah acuannya.

Buruk juga acuannya.

Kemungkinan besar, anak-anak mula menjadi besar kepala seolah-olah TUAN/BOS pada mak ayah mereka sendiri. Isu sebegini telah dikongsikan oleh Encik Taufiq Razif dimana beliau sering kongsikan tentang keibubapaan di laman facebooknya sendiri…

********

No photo description available.

5 Tanda Anak Kita Mula Jadi BOS Kepada Mak Ayahnya.

1. Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak.

Malah mak ayah juga bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.

2. Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak.

Ini disebabkan nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi.

3. Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah.

Padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak.

4. Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas.

Ini terjadi kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa.

5. Bila mak ayah terlalu sayangkan anak.

Mak ayah yang terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba!

Taufiq Razif.

Tetap sayang anak tapi berpada.

********

Semoga Tidak Salah Cara Dalam Mendidik Anak-Anak!

Anda masih keseorangan?

842,291 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen