Maksud Sebenar Anak Yang Sejuk Mata Memandang. Jom Ketahuinya.

Dalam rumah tangga yang harmoni, hubungan kekeluargaan amatlah dititik beratkan. Daripada ibu bapa yang mampu memberi suasana tenang dan damai di dalam rumah, sehinggalah anak-anak yang mampu mendengar kata dan sejuk kedua ibu bapa memandang.

Namun, apakah maksud tersirat anak yang sejuk mata memandang ni? Ikuti sedikit perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi ini…

********

Dalam al-Quran, Allah mendidik orang beriman supaya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sejuk mata memandang.

Firman Allah:

“(dan sifat hamba Allah itu) mereka (sentiasa) berdoa: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang.”

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Anak Yang Menyenangkan Mata Memandang Ini?

Dalam memahami ayat ini, seorang sahabat Nabi bernama al-Miqdad ibn al-Aswad mempunyai pandangan yang agak menarik.

Menurut al-Imam al-Tabari, seorang lelaki lalu dihadapan Saidina al-Miqdad ibn al-Aswad, lalu memujinya.

Lelaki itu berkata:

“Beruntunglah engkau (wahai Miqdad) kerana kedua matamu dapat melihat Rasulullah."

Saidina Miqdad tiba-tiba marah lalu berkata:

“Sesungguhnya lelaki tersebut tidak mengetahui (apa yang diucapkannya). Sekiranya dia menyaksikan (dan bersama dengan dakwah Rasulullah), dia pasti tidak tahu bagaimana dia akan bertindak (samada menerima dakwah Rasulullah atau tidak).”

Bererti bukan mudah berada dalam situasi bersama dengan Rasulullah. Silap-silap, kita juga menentang dakwah…”

al-Miqdad menerangkan mengapa dia marah dengan kata-kata lelaki tersebut.

Kata al-Miqdad:

“Sesungguhnya Rasulullah dibangkitkan kepada satu kaum yang merasakan menyembah berhala adalah agama yang paling mulia. Ketika Rasulullah datang, Quraysh terpecah kepada dua. Satu kumpulan yang menerima dakwah, dan kumpulan lain menolak seruan Tauhid ini.”

Ketika itulah kaum Muslimin diuji.

Apakah mata mereka akan tenang melihat anak-anak mereka kufur kepada Allah?

Apakah tenang mata anak muda Muslim melihat ayah ibu mereka kufur kepada Allah?

Kata Miqdad:

“Mata orang-orang beriman tidak akan tenang melihat orang yang dicintainya itu akan berkesudahan di dalam neraka.”

Menurut al-Miqdad, inilah yang dimaksudkan oleh doa yang diajarkan oleh Allah di dalam al-Quran itu tadi.

Anak sejuk mata memandang adalah mereka yang beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh. Mata orang beriman tidak akan tenang melihat anak mereka melakukan amalan yang membawa mereka ke neraka.

Bererti, yang dimaksudkan dengan sejuk mata memandang itu adalah anak-anak yang enak dilihat melakukan ketaatan. Orang Mukmin bukan sekadar senang melihat anak mereka berjaya merangkul dunia, menjadi seorang yang bijak atau jutawan yang berjaya sahaja.

Orang beriman hanya akan tenang melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Biar anak mereka tidak mewah/kaya, asalkan mampu menjadi anak yang soleh. Doa anak yang soleh tidak boleh dibeli dengan dunia.

Semoga Allah mengurniakan kita anak-anak yang soleh, yang menyenangkan pandangan mata dan hati.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen