4 Jenis Sayur Ini Bantu Kesuburan Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki untuk memiliki anak ini sudah tentu berbeza setiap pasangan yang sudah berkahwin. Ada yang mendapat rezeki disaat awal perkahwinannya, manakala ada yang perlu menunggu bertahun barulah dikurniakan rezeki cahaya mata.

Cepat atau lambat itu bukan urusan kita untuk menentukan, akan tetapi usaha yang dilakukan untuk memiliki zuriat ini sudah tentulah sekata dengan kemahuan kita. Selain berdoa, sudah tentu kita perlu melakukan kaedah lain untuk menunjukkan kesungguhan kita itu.

Antara usaha untuk mendapatkan zuriat adalah pergi berurut, berjumpa doktor serta menjaga kesihatan tubuh badan.



Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat sayur-sayuran yang membantu mempercepatkan kehamilan. Di mana setiap sayur ada nutrisinya yang tersendiri untuk badan manusia.

Namun begitu, semuanya bergantung pada rezeki yang Allah akan berikan buat semua pasangan suami isteri.

Antara sayur yang membantu kesuburan:

1. Bayam



Bayam mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan dengan memasak bayam secara sihat dengan dikukus, direbus, atau dijadikan salad.

2. Brokoli



Brokoli membantu membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang menggangu hormon-hormon kehamilan normal.

3. Daun Bit



Biasanya kita dengar manfaat ubi bit tapi jarang dengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya dengan zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya Vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.

4. Biji Labu dan Tiram



Biji Labu dan Tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan sayur seperti diatas membantu menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom. Semoga menjadi manfaat pada yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen