Mengeluh Tanda Kita Tidak Bersyukur Kepada Allah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita sebagai manusia biasa ini memang begitu mudah untuk untuk mengeluh dan iri hati terhadap apa yang bukan milik kita. Di mana, kita tidak pernah mensyukuri apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini.

Tengok orang naik kereta besar, kita pun nak naik kereta besar. Sedangkan kereta yang kita sudah miliki itu cukup buat diri kita. Kadang kala apa yang kita tidak miliki itu lebih baik sebenarnya buat kita.



Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah bersyukur dengan apa yang ada dan jangan merasakan diri itu kerdil kerana melihat orang lain lebih daripada apa yang kita ada.

Seperti nasihat yang diberikan oleh Muhammad Hassan ini sememangnya benar-benar sesuai untuk jadikan sebagai satu pedoman dalam hidup kita. Mari sama-sama kita dapat manfaat dari nasihatnya.

Macam mana nak tenang jika hati masih lagi mengeluh. Tengok rumah besar,kereta mewah hati selalu berkata. Bestnya dia rumah besar,kereta mewah. Aku ni takda apa apa pun.

Dalam tidak sedar kita mengeluh dengan nikmat الله. Kita tidak mensyukuri jutaan nikmat yang الله beri. Kita tidak bersangka baik terhadap الله. Kita cukup makan minum. Makanan pun sedap sedap. Tapi masih ada insan bukan kata nak makan sedap,satu sumber makanan pun takda. Air bersih pun takda. Kita kat rumah semua ada air tapis,tapi macam macam merungut,mengeluh. Sebab itu kita jadi mudah serabut,tidak bahagia tidak tenang.

Hari ini ubah kata kata hati kita. Ubah sangkaan kita. Lihat rumah besar atau kemewahan orang lain. puji الله dan baca doa ini "Allahumma La 'Aisha Illa 'Aishul Akhirah" (Ya Allah tiadalah kehidupan itu melainkan kehidupan akhirat)

Ketika makan syukuri nikmat makan. Fikir orang yang masih ramai lagi tak dapat makan. Jika minum air syukuri nikmat minum air,betapa ramainya hari ini manusia tak dapat minum air bersih. Betapa ramainya manusia diluar sana tak dapat minum air sepuasnya seperti kita.

Dan perbanyakkan sedekah supaya hati kita tidak terlalu cinta kepada dunia,kepada harta. Bersedekahlah dipagi ini kerana ada para malaikat berdoa Ya Allah berilah ganti kepada orang yang bersedekah. Bersedekahlah supaya segala penyakit hati terubat. Supaya kekayaan nikmat dalam hati mencurah curah.

Sahabat. berjalanlah dengan penuh rasa nikmat atas dua kaki. Lihatlah betapa nikmatnya 2 mata yang melihat,dengarlah dengan nikmat الله beri untuk mendengar,makan dan minumlah dengan rasa nikmat berterima kasih kepada الله kerana masih diizinkan untuk mengunyah dan menelan.

Jadikan hati kita sentiasa rasa syukur,syukur dan syukur kepadaالله. Syukur الله akan tambah nikmat,hati akan jadi tenang,kebaikan akan datang mencurah curah dari segala sudut.

Moga bermanfaat.

-EncikMatt-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen