Cinta Yang Hebat Itu Adalah Cinta Yang Disekat, Nikmatnya Sangat Indah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang yang sedang mabuk cinta, sedang hangat jatuh cinta ini biasanya sanggup melakukan apa sahaja. Sanggup berkorban apa sahaja malah apa yang disuruh oleh pasangannya itu dia tidak akan rasa berat. Itulah yang selalunya orang bercinta rasa.

Rasa cinta itu hadir tanpa diketuk malah ia juga tanpa memberi salam. Cinta itu akan terus menyerang ke dalam hati kita. Apa yang kita tahu, kita membalas cinta itu.



Bercakap mengenai cinta ini,

Ada orang nak jatuh cinta tapi tak jatuh-jatuh.

Ada orang jatuh cinta tapi tak ada yang sambut, tapi kalau jatuh ada orang sambut, itu bahaya.

Sebab itu cinta yang hebat adalah cinta yang tersekat. Nikmatnya sangat hebat.



Berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Ustazah Asma Harun, apabila rasa jatuh cinta dan suka akan seseorang itu cuba untuk gunakan kuasa doa. Berusaha melalui doa.

Seperti yang beliau kongsi, rakannya dulu menyukai seseorang akan tetapi dia tidak memberitahu orang tersebut malah hanya berdoa sahaja. Di mana dia niat dalam doanya, statik dengan nama orang tersebut dan tidak putus-putus menyebut nama orang tersebut walaupun pada ketika itu dia berkawan rapat dnegan orang lain. Akan tetapi akhirnya lelaki itu kini menjadi suaminya.

“Allah makbulkan impian dan doanya.”

Bila rasa suka dan rasa cinta, usaha dengan doa dan sekat untuk menyatakan rasa cinta itu kepadanya. Ini adalah orang yang betul-betul yakin bahawa jodoh itu ketetapan Allah.

Bukan dengan memberitahu ataupun dengan mengurat orang tersebut untuk menjadikannya jodoh kita tetapi dengan hanya berdoa boleh mengubah apa yang kita tidak pasti.



Jodoh ini memang rahsia Allah.

Mungkin ada sesetengah kita ini mengimpikan pasangan yang rasanya selayaknya untuk kita, akan tetapi bila Allah tak beri kita untuk memiliki orang seperti yang kita mahukan itu, Allah akan berikan seseorang pasangan yang lebih baik dari kita mahukan.

Kalau kita nak tahu sekuat mana jodoh kita dengan orang itu, bukannya melalui kuatnya hubungan bertahun yang kita pertahankan, bukan dengan bertapa risaunya kita mengambil berat malah bukan dengan risaunya kita tidak saling berhubung.

Tetapi percaya bahawa jodoh itu adalah ketetapan Allah malah berdoa untuk memilikinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen