Bakal Pengantin Boleh Cuba Cerahkan Bibir Yang Hitam Dengan Guna 10 Petua Ini, Tapi Dengan Syarat Tidak Merokok.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila mengalami masalah bibir hitam ini, wajah akan kelihatan kusam malah tidak berseri. Kalau orang perempuan bolehlah gunakan gincu nak naikkan seri wajah kalau lelaki tak akan nak pakai sama kan?

Bukan semua orang yang mengalami masalah bibir hitam ini menghisap rokok, ada sahaja yang ia sememangnya memiliki bibir hitam sejak lahir lagi. Akan tetapi, perlu diketahui juga bahawa masalah bibir hitam ini adalah berpunca dari pemakaian gincu yang tidak dibersihkan dengan sempurna.



Jadi dari terus menerus tutup bibir guna gincu dan alat kosmetik, baik cuba 10 petua ini pula.

1. Madu



Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.

2. Limau nipis.

Limau nipis ini dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.

3. Minyak zaitun.

Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.

4. Air mawar.

Sapukan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Lakukan setiap hari.

5. Tomato.



Ambil tomato dan sapukan ke bibir setiap hari. Penggunaan secara kerap akan memberikan kesan yang segera.

6. Lidah buaya.

Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Lakukan setiap hari untuk dapatkan kesan yang segera.

7. Kunyit hidup.

Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campurkan sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, bersihkan dengan air.

8. Elakkan dari menjilat bibir.



Kebiasaan ini akan menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur menghakis permukaan bibir, maka warna merah bibir akan memudar.

9. Jauhi kafein dan rokok.

Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.

10. Air masak.

Banyakan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesiahtan kulit dan memerahkan bibir secara semula jadi.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen