"Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum" Jangan Takut Kalau Ditinggalkan, Ramai Lagi Yang Sudi Menerimamu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang lepas usah dikenang, apa yang penting adalah masa depan korang yang menanti di hadapan. Tak akan selamanya nak bersendirian? Tak akan tak nak cari kebahagiaan sendiri. Setiap orang berhak untuk merasai kebahagiaan, cuma cepat atau lambat sahaja.

Kadang kala hubungan yang tidak menjadi itu adalah satu pengajaran dalam hidup agar kita lebih berhati-hati. Tapi jangan terlalu berhati-hati membuatkan kita takut untuk menjalinkan satu hubungan yang baru.

Dalam perpisahan yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah yang besar buat diri kita. Cuma kita sahaja yang belum nampak lagi, boleh jadi kita akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah kita perolehi.



Dalam hidup ni, biasa lah ada pasang surut, ada tenggelam timbul, jangan dek satu pengalaman buruk habis semua dipukul rata. Jangan jadikan kemurungan lalu sebagai alasan takut untuk kemanisan baru.

Jangan hukum hati kita untuk menolak kebahagiaan akibat dari pengalaman lalu. Perpisahan lalu bukan penghalang untuk kita mengecapi kebahagiaan baru.

Meh kita cuba tips untuk mengelak fobia dari putus cinta atau penceraian daripada Ariff Ismail ini, mana tahu sesuai buat anda.

“Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum”

1. Kayu ukur

Jangan jadikan pengalaman lalu sebagai kayu ukur kebahagian baru. Di sebabkan takut pisang berbuah dua kali, kita didik hati kita untuk keras.

Takut untuk menerima kasih yang baru disebabkan risau mimpi buruk berulang kembali. Kita perlu berhati hati, namun jangan jadikan ia sebagai sempadan dalam diri.

Biar kisah lalu menjadi pedoman hidup kita, jangan biarkan kisah lalu menjadi penghalang kebahagian baru yang bakal hadir dalam diri.



2. Perbandingan

Bila kita buka hati untuk kasih yang baru, jangan sesekali kita bandingkan kasih yang lama. Kita tidak boleh bandingkan si dia yang baru ibarat si dia yang lama.

Bila kita mula buat perbandingan nescaya kita akan luka kan hati kita dan pasangan baru kita. Terima mereka seadanya tanpa perlu bandingkan kasih lama dan kasih baru.

Belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri seseorang, ini akan membantu kita untuk tidak melakukan perbandingan.

3. Memaafkan

Tiada siapa berkahwin untuk berpisah dan tiada kasih dicipta untuk di musnahkan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita manusia biasa.

Untuk memulakan kasih yang baru, kita kena maafkan kasih yang lama. Jika kita masih berdendam dengan bekas pasangan, ia akan menjadi satu titik hitam dalam hati.

Bila ada titik hitam dalam hati, ia akan jadikan kita sukar untuk memulakan kehidupan baru. Maafkan bekas pasangan, jangan musnahkan hati kita atas dendam yang tidak terlerai.



4. Berdoa

Tiada siapa kita boleh berharap melainkan kepada Allah. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah hadirkan seseorang yang benar benar ikhlas untuk kita.

Berdoa lah agar kasih yang baru menjadi kasih yang tersimpul mati. Minta doa agar hati kita lembut dalam menerima seseorang untuk mencintai.

Dan cintailah seseorang kerana Allah, bukan kerana kecantikan mahupon keduniaan. InshaAllah, Allah akan hadirkan seseorang yang bisa mendamaikan hati kita dan menyemai cinta bersama sama.

5. Belajar dari kesilapan

Kalau kita pernah gagal dalam perhubungan, belajar lah dari kesilapan lalu. Kita tengok kekurangan diri kita dahulu dan upgrade diri untuk jadi lebih baik.

Belajar untuk kenal pasangan kita supaya tidak berulang kesilapan perhubungan lalu. Banyak buku dan kelas yang kita boleh ikut untuk lebih mengenali diri dan pasangan.

Ini sedikit perkongsian dari saya, diharap perkongsian ini dapat membantu kita dalam mencari dan membina kasih yang baru.

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen