Bila Sebelum Kahwin Dah Mula Guna Keganasan, Tak Akan Nak Redha Je. Esok-Esok Anak-Anak Kita Pula Pasrah Bila Kena Pukul.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa suka sama suka ini memang semuanya indah. Kentut pun bau wangi lagikan pula makan sepak terajang semuanya bagaikan tak ada apa pun bagi si gadis. Itu belum lagi jika ditambah dengan mulut yang suka mencarut, silap sikit segala carutan akan keluar. Tapi si gadis tak nampak semua itu, katanya itu tanda sayang.

Ketika sedang hangat bercinta inilah kita nak kenal hati budi pasangan kita, masa bertunang pun sama. Janganlah semua benda nak pejamkan mata je hanya kerana sayang dan sebab dah nak kahwin. Hidup selepas kahwin ini lagi panjang sebenarnya dari masa bercinta dan bertunang.

Kalau tersilap pilih pasangan dan langkah, tak dapat kembalikan semula zaman bujang dan zaman gadis kita. Jangan nanti kita yang berendam air mata sahaja. Macam nasihat dari kakak kita ini, Marliya Ramli pesan kalau sebelum kahwin teman lelaki kita dah mula tunjukkan keganasan, baik angkat kaki cari lain je.



PASRAH JUGA AKHIRNYA...

Saya pukul girlfriend saya sebab tersilap kak. Bukan sengaja. Saya tengah marah... Akak jangan memandai-mandai nak anggap saya esok-esok silap sikit terus pukul isteri.

Haaa... sebab tu la akak suruh girlfriend awak tinggalkan awak.

TAPI! KAN SAYA DAH CAKAP SAYA TAK SENGAJA! (jerit pulak. Nak pukul akak ke?)



Dik... Hidup ni bukan soal sengaja atau tidak. Semasa bercinta dan bertunang, tidak ada seinci hak pun mana-mana arjuna boleh pukul wanita. Tidak ada!

Berapa besar sangat lah masalah zaman bercinta dan bertunang? Hal-hal kecik je. Itupun awak dah boleh so called 'tersilap dan terpukul' gadis yang awak cinta? #apeni

Lepas kawen masalah jauh lebih besar. Ujian jauh lebih getir.

Berbanding hal masa bercinta dan bertunang, ujian berumahtangga jauh lebih besar. Waktu tu berapa kali awak nak so called 'tersilap dan terpukul' isteri.

Tapi akak tahu tak guna pun berbahas dengan awak... Bercakap dengan arjuna macam awak ni memang akak tak akan menang. Sebab awak tak bercakap dengan akal namun bercakap dengan emosi amarah.

Buat semua gadis... Ingat pesan akak ni:

Letak otak dalam kepala bukan dalam tempurung lutut. Kalau sebelum kawen arjuna dah tunjuk ciri-ciri keganasan, jauhkan diri. Ramai lagi arjuna lain yang penyabar, berlemah lembut dan baik hati. Jangan ambil risiko.

Carilah arjuna yang tak kaya, tak hensem, tak hebat pun tak apa. Asalkan ada ciri-ciri pemimpin, rajin bekerja dan memiliki sifat untuk sentiasa melindungi.



Akak marah? Tak... Akak nasihat je.

Akak pun baru je kawen 14 tahun. Akak nampak je lembut. Tapi akak paling pantang kes mertua buli menantu, ipar duai yang biadap dan suami yang pukul isteri. Cubalah sekali kalau nak tengok betapa kerasnya hati akak.

Wanita... Kita punya pilihan.

Pilihan untuk bersuara, bertegas dan tak bagi muka. Kerana suatu hari nanti anak gadis kita akan meniru setiap perbuatan kita dalam minda separa sedarnya.

Esok-esok jangan anak gadis kita kena pukul dia pasrah dan redha. Maklumlah mak nya dulu pun PASRAH JUGA AKHIRNYA.

Please lah!

Kisah wanita menjadi mangsa dah lama berakhir. Ianya hanya wujud di dalam drama semata-mata.

Dalam kehidupan sebenar wanita sepatutnya berdikari, tegas, tahu apa direction diri, tidak mudah dibuli, tidak disakiti oleh mertua, ipar duai yang tak reti diajar malah kekasaran suami sendiri.

Ramai je wanita yang single dan bahagia. Tak semestinya punya suami barulah wanita dianggap sempurna. Memiliki suami yang ganas bukanlah trofi yang boleh dibangga-bangga.

Jangan terdesak nak kawen. Pilih betul-betul. Semoga kita hidup sekali, mati sekali dan bertemu jodoh hanya sekali!

Salam sayang dari wanita yang lebih rela single berbanding derita

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen