Lelaki Kalau Dah Niat Nak Kahwin Tu, Ubah Tabiat Ini Dulu, Barulah Mahligai Yang Dibina Nanti Lebih Utuh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya bila cakap pasal kahwin ini, ramai yang suka ambil mudah sahaja, terutama golongan lelaki. Bagi mereka, bila dah kahwin semua perkara jadi mudah terutama bab-bab urus kehidupan harian seperti makan, pakai dan juga tempat tinggal. Kira macam orang lelaki fikir bab nafkah je lah, bab lain semua isteri akan siapkan.

Nampak macam mudah je tanggungjawab orang lelaki ini, tetapi sebenarnya tanggungjawab mereka ini besar dan berat. Orang lelaki ini kalau dah kahwin akan jadi ketua keluarga, di mana apa yang berlaku di dalam keluarga tersebut maka suaminya lah perlu memainkan peranannya. Jika suami hanyut, maka seluruh isi keluarganya juga akan hanyut.



Jangan mudah cemburu melihat kebahagiaan pasangan yang sudah berkahwin. Ini kerana apabila sudah berkahwin, tanggungjawab seorang lelaki akan menjadi lebih berat dan juga besar. Kena tahu bagaimana nak membimbing anak dan isteri menunju ke jalan syurga.

Kalau kita sendiri tersilap langkah, macam mana kita nak uruskan anak dan isteri kita. Sebab itu orang lelaki kalau sudah ada niat nak kahwin kena ubah dulu tabiat-tabiat ini. Jangan anggap kahwin ini mudah, kahwin ini bukan sehari dua tapi nak selamanya.



1. Solat.

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu...tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak kan dapat bertahan lama...sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia...

2. Kerja.

Bila nak kahwin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu...nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja takbleh ikut suka, takboleh kerja sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri...takboleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan...jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu...

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan...merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya...maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam...didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu...



4. Belajar mengemas.

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri shaja...kita sbgai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja umah...perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu...percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah...

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekarang, sebelum kahwin, mugkin kita mempunyai ramai kawan perempuan...semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan"...tapi bila dah berkahwin, kita dah tak bleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi...kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja...anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang...

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan...Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t...

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen