Tak Semua Orang Mampu Jadi Surirumah, Nampak Macam Goyang Kaki Je, Tapi Mereka Ini Lebih Stres. Yang Single.. Cuba Fikir Ready Ke Tak Nak Jadi Surirumah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tengok orang yang jadi suri rumah ini nampak macam seronok je kan, yelah tak perlu berdepan dengan kerja dan majikan. Malah tak perlu juga nak pening kepala bahagaikan masa kerja dengan tugas di rumah. Nampak kerja-kerja suri rumah ini mudah sahaja, hanya tunggu suami balik kerja, selepas itu makan bersama suami, itu sahaja.

Haa, itu hanya fantasi yang korang boleh angankan je. Sebenarnya tugas sebagai seorang suri rumah inilah yang paling mencabar. Cuba bayangkan 24jam menghadap perkara yang sama sahaja. Apa yang mereka hadap?



Waktu pagi kemas rumah bersepah, masak, basuh, mandikan anak, beri makan anak selepas waktu tengah hari, ulang semula rutin tadi bila suami dah balik kerja masih lagi lakukan rutin yang sama. Lagi mencabar kalau ada anak-anak yang masih kecil. Kemas rumah berapa kali pun akan tetap mesepah juga.

Macam yang Puan Salwa Mohd Saleh jelaskan ini, tak semua orang mampu nak jadi suri rumah. Meh kita ketahui sebabnya.

Bukan semua orang MAMPU jadi housewife

1. Saya mendapat banyak PM. Bertanya tentang seputar stress menjadi housewife; sama ada dari rakan, saudara, follower malah stranger. Saya tak dapat nak menjawab dalam konteks 'sugar coating'. Memberi tahu it's okay dan keadaan akan menjadi lebih baik. Tidak

2. Paling terkini, seorang ibu bertanya hal yang sama. Baru beberapa bulan berhenti kerja kerana keadaan yang memaksa sedangkan dia suka bekerja. Saya katakan, keadaan akan jadi bertambah buruk. Benar

3. Suka atau tidak, itulah yang akan berlaku. Fasa permulaan berhenti kerja ada dua kebiasaannya; sangat optimis kerana dah lama ternanti-nanti detik dapat 'meluangkan masa' di rumah (seperti yang dimimpi kebanyakan ibu berkerja pejabat) atau fasa stress kerana terpaksa berhenti.

4. Bergantung kepada keadaan, kekuatan diri dan sokongan yang ada, fasa ini akan berubah. Situasi yang tidak seperti diduga, keadaan rumah yang diuruskan setiap hari, anak-anak yang sangat demanding terutama baby. Ini semua mengubah persepsi dan kebanyakannya mengumpul stress sedikit demi sedikit.

5. Jika dulu ada 'me time' ketika waktu lunch. Atau jika tidak keluar sekali pun, masih dapat makan di meja yang teratur, mampu mengubah nasi sambil melihat media sosial. Dapat solat dengan sempurna (walaupun belum tentu khusuknya), di rumah semua itu khayalan. Hadiah yang paling diharapkan adalah anak tidur serentak. Dapat lah makan, solat dan masak dengan aman. Paling tidak ke toilet seketika tanpa ada yang menangis mengetuk pintu sentiasa.

6. Ramai dari kalangan kawan saya sendiri yang 'give up' selepas beberapa bulan pertama. Hantar resume dan sambung kerja. Yang bijak sana berniaga atau ada yang kurang bernasib baik mendapat kerja, akan cuba bisnes online. Kerana tak mampu duduk dirumah dengan pelbagai tekanan.

7. Tidak kira kelulusan apa sekali pun, PhD holder atau degree dari Oxford, jawatan tinggi manager atau CEO syarikat, bilamana duduk dirumah, persepsi masyarakat tidak berubah. Surirumah goyang kaki, tidak menyumbang kepada Ekonomi, tukang habis duit, kaki bawang, pendapatnya tak usah didengar. Kesemua ini menambah lagi tekanan kepada Surirumah. Tidak hairanlah di klinik psikatari makin ramai yang mendapatkan konsultansi. Yang suaranya tak didengari akan akhirnya viral satu Malaysia bila dia membunuh diri.

8. Jika berniat duduk dirumah, kena kuat. Perlu tahu kenapa dan bagaimana dan apa. Bila tahu itu , in sya Allah Ia akan membantu.

9. Jika terpaksa duduk di rumah, cari sesuatu yang paling disukai. Pegang kuat dan lakukan setiap hari. Cari masa. Cari kekuatan. Itu akan membantu pada hari-hari penuh tekanan.

10. Berusaha dapat kan me time. Satu jam dua jam sudah cukup. Suami perlu peka dan berikan isteri me time.

Banyak lagi saya nak tulis tapi me time saya dah habis. Hahahaha.

Yang menulis berdasarkan pengalaman,

Wonder Emak
WAHM, SAHM, FTWM, FTSM
(Haaa semua pernah rasa. Tamak tak?)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen