3 Sebab Jangan Terlalu Benci Seseorang.

Oleh: Rafi

Perasaan benci selalunya terbit apabila ada perkara yang menjengkelkan pada si dia terhadap anda. Wujudnya perasaan itu didorong oleh emosi menyampah dan meluat padanya. Pun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu benci kepada seseorang. Baca sebab-sebanya di bawah ini.



1. Membenci seseorang sebenarnya membuatkan anda memerhatikan si dia lebih daripada orang. Anda nampak segala-galanya mengenai dia padahal orang lain tidak perasan pun akan hal tersebut. Secara tidak langsung, anda lebih mengenali dia. Jadi, janganlah benci kepada seseorang. Daripada anda tidak perlu pun ambil tahu mengenai dia, kini anda telah kenal dia sedalam-dalamnya. Anda pasti akan memerhatikan sikapnya, pakaiannya, cara percakapannya. Ternyata anda lebih kenal dia.



2. Apabila anda benci seseorang, tidak mustahil anda akan terjatuh cinta kepada si dia pada kemudian hari. Hati manusia selalunya boleh berubah-ubah. Walau anda mengatakan benci, namun hati anda semakin tertarik kepadanya. Naluri manusia sukar untuk dinafikan. Justeru, waspadalah apabila berurusan dengan soal hati. Selalu bertegang urat, mencebik, lama-lama semuanya bertukar rasa suka dan semakin mahu mengenalinya.

3. Membenci menunjukkan anda mahu memutuskan silaturahim. Hukum memutuskan silaturahim adalah berdosa. Justeru elak rasa benci sebaliknya teruskan hubungan sebagaimana biasa. Tidak semestinya wujudkan hubungan cinta. Bersikaplah biasa-biasa sahaja. Itu lebih baik. Lupakan sebab musabab anda dan dia bermulanya perasaan benci itu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya buat tidak tahu sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen