Kekasih Hati Mudah Naik Angin & Kuat Cemburu Tapi Si Dia Masih Je Setia Di Sisi, Ini Sebab Mengapa Mereka Yang Setia Masih Pilih Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Korang pernah nampak tak pasangan yang selalu sangat bergaduh dan kalau sekali imbas nampak macam dia orang ni tak sesuai untuk bersama. Mana tidaknya, yang sorang itu mudah cemburu dan selalu nak ikut kepalanya je, tapi yang seorang ini begitu mudah bertolak ansur dan masih setia di sisi.

Haaa, mesti penah nampak pasangan yang macam ini kan? Ataupun korang yang terlibat dengan hubungan macam ni. Tapi kenapa ye?



Biasalah mana-mana pasangan bercinta atau berkahwin ini akan dapat sikap pasangan yang kontra dengan diri sendiri. Kalau yang perempuan itu jenis mudah naik angin, yang lelaki sudah tentulah seorang yang sabar. Kalau sorang banyak mulut yang sorang lagi pendiam.

Haaa, tapi mestilah ada sebab mengapa mereka ini masih bertahan antara satu sama lain. Boleh jadi 5 perkara ini jadi puncanya.

1. Dah kenal baik buruk antara satu sama lain.

Kenapa mereka masih bersama walaupun perangai masing-masing tersangatlah kontra, mestilah disebabkan mereka ini sudah kenal antara satu sama lain. Baik buruk yang ada dalam diri mereka itu sudah dihadam dengan baik oleh pasangan mereka.

Jadi kalau mereka ini cari orang lain, belum tentu akan dapat yang sama memahami baik buruknya. Sebab nak terima baik buruk ini lebih sukar jika nak bandingkan dengan sikap pasangan.



2. Hanya pasangan dia je yang nak terima dia.

Mungkin dulu pelbagai usaha untuk mencari kekasih hati serta pasangan hidup, tapi tiada yang mahu menerimanya. Tapi pasangan dia ini dengan ikhlas sanggup menerima walaupun sudah tahu baik buruknya.

Jadi bagi dirinya, hanya pasangan dia sahaja yang nak terima dia. Jadi buat apa dia sibuk nak cari yang lain kalau sudah ada yang sanggup terima dirinya.

3. Telah banyak kenangan yang dilalui bersama.

Hanya sebabkan kenangan orang sanggup bertahan untuk bersama, bahkan sebab kenangan juga orang takut untuk kehilangan. Haa, siapa tahu bukan bahawa mereka ini telah bina hubungan yang agak lama malah bertahun-tahun lamanya.

Mungkin korang nampak sikap buruk dia hari ini tapi tak tahu berapa banyak kenangan yang berharga telah dibina bersamanya.



4. Banyak suka duka yang diharungi bersama.

Boleh jadi pasangan yang dia ada sekarang ini telah setia berada disisinya untuk mengharungi pelbagai dugaan bersama. Apa yang telah terjadi baik berjaya mahupun menangis, pasangannya akan setia di sisi. Siapa yang sanggup kehilangan orang seperti ini.

Malah sentiasa menjadi penguat dan pendorong utama dalam setiap kejayaan yang mereka miliki hari ini.

Korang mungkin menyukai dirinya, malah sanggup terima baik buruknya. Akan tetapi korang ini tidak sama dengan pasangannya yang ada dengannya di saat jatuh bangunnya.

Cari jelah orang lain!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen