Selalu Tengok Wanita Je Yang Jual Mahal, Tapi Rupanya Lelaki Bujang Pun Sama. Ini Sebab Mengapa Lelaki Zaman Sekarang Terlalu Memilih Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kalau bab-bab memilih ini pasti akan ditujukan kepada kaum hawa dulu. Mana tidaknya, mereka ini biasanya akan terlalu berhati-hati dalam memilih bakal suami mereka, malah ada juga yang memilih pasangan kerana mahu menumpang kesenangan hidup. Tapi semua itu bergantung kepada individu tersebut.

Eh, tapi bukan orang perempuan sahaja yang memilih. Sekarang ini orang lelaki juga sudah mula berhati-hati dalam memilih pasangan mereka. Itu yang menyebabkan kalau mereka sudah jalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis, tapi masih lagi mempunyai simpanan berberapa gadis lain. Tapi tak semua okay!



Kalau orang perempuan memilih mungkin mereka nak pasangan yang betul-betul menyayangi mereka, tapi kalau orang lelaki pilih sebab apa? Jom ketahuinya.

1. Nak wanita yang tidak ambil kesempatan.

Tidak ada mana-mana lelaki yang rela diambil kesempatan ke atasnya. Tak kiralah atas kebaikan ataupun kesenangan yang dimilikinya. Sudah tentu dia mahukan seorang pasangan yang menyayangi dirinya setulus hati.

Mereka takut kalau wanita-wanita yang hanya mengambil kesempatan ini tidak mampu membahagiakan dirinya serta tidak menjadi ibu yang baik buat anak-anaknya. Perkahwinan dibina bukan untuk sehari dua tetapi untuk selamanya.



2. Wanita yang menyenangkan bukan menyakitkan hati.

Yang kita tahu wanita ini mempunyai pelbagai jenis, ada yang menyenangkan hati dan pandangan bahkan ada juga yang akan menguji hati, Jadi mana pilihan lelaki? Sudah tentulah mereka nak yang menyenangkan hati dan pandangan. Barulah sejuk je dia melihat pasangan mereka.

Kalau dapat pasangan yang menyakitkan hati, tentu hari-hari hidup tak tenang kerana diganggu oleh pasangan yang kurang memahami. Haa, sebab itulah orang lelaki ini memilih.

3. Wanita yang mudah dibimbing.

Lelaki nakkan wanita yang mudah untuk dibimbing, barulah rumahtangga yang dibina kelak akan lebih mudah untuk dibentuk mengikut acuan yang sebenar. Kalau pasangan sukar dibimbing dan hanya suka ikut kepala sendiri sahaja sudah tentulah akan menyukarkan mereka untuk membina keluarga yang bahagia.

Tak apa kalau masa bercinta itu korang bukan wanita solehah, tetapi kalau mudah dan berlapang hati untuk menerima teguran sudah tentu korang ini antara yang mudah dibimbing.



4. Wanita yang mudah untuk beri kerjasama.

Dalam hubungan ini kalau tak ada kerjasama yang baik memang payah nak bawa bincang. Semuanya dia je yang nak betul, kata dia sahaja yang perlu diterima dan mudah membelakangi suami. Haa, ini lah yang ramai lelaki tidak mahu.
Kalau boleh apa jua pangkat pasangan, kedua-duanya mudah untuk saling berkerjasama. Barulah hubungan yang terbina itu umphh!

5. Wanita yang setaraf dengannya.

Ada juga sesetengah lelaki akan mencari wanita yang setaraf dengannya. Bukan apa bila setaraf ini, gaya pemikiran, gaya komunikasi serta tujuan itu akan lebih sama. Bahkan kalau nak membentuk hidup dengan pasangan sebegini sebenarnya lebih mudah kerana dua-dua mempunyai pegangan yang sama.

Jadi jangan lah cepat melenting kalau lelaki itu reject korang. Kalau orang perempuan boleh memilih, tak akan orang lelaki tak boleh kan? Akan tetapi yakin sahaja dengan jodoh korang, pasti dia yang terbaik telah ditetapkan buat korang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen