Dahsyatnya Doa Seorang Isteri Ini Memang Tak Dapat Disangkal Lagi, Korang Yang Masih Bujang Tu, Tak Nak Cepat-Cepat Cari Isteri Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya kita selalu dengar bahawa doa ibu ini begitu mudah untuk didengari oleh Allah. Sebab itu mana-mana anak-anak akan selalu memohon doa ibu mereka apabila berdepan dengan satu perkara. Tak kisahlah kesenangan hidup, diperluaskan rezeki mahupun diberi jodoh yang baik.

Kuasa doa ini memang tak dapat disangkalkan lagi sebenarnya. Kalau biasanya kita hanya mendengar kisah ibu-ibu yang mendoakan anak mereka, kali ini doa seorang isteri yang benar-benar akan membuka mata kita bahawa kuasanya doa ini.

Jadi apa pun yang berlaku dalam hidup ini, seperit dan sesusah mana pun kita, berdoa lah dan memohon kepadanya apa yang kita mahu, cepat dan lambat pasti akan ditunaikan.

Sedikit kisah daripada saudara Khairul Ezuwan ini sememangnya boleh lihat bertapa berkuasanya doa seorang isteri dan merangkap ibu ini.

Hari ni saya nak ceritakan satu kisah benar yang terjadi melibatkan diri saya sendiri . Lama dah saya simpan cerita ni , Hari ni saya rasa saya perlu kongsikan pada semua untuk tatapan dan pengajaran.

Kisah ni berlaku pada tahun 2014 . Pada satu malam saya didatangi mimpi ada seorang Pak Cik saya lihat sedang sakit tenat dalam keadaan tidak bermaya sedang berbaring, badannya kurus kering, tiada apa-apa suara cuma dia seperti dengan penuh kesakitan cuba mengangkat tangan dan seperti memanggil . Wajah Pak cik dalam mimpi ini saya kenal dan kali terakhir saya jumpa dia kira-kira 10 tahun sebelum tu . Dia ayah kepada kawan sekolah saya dulu .



Keesokan harinya saya rasa seperti tidak senang duduk fikirkan mimpi malam tu . Hati saya tergerak untuk menuju ke rumah pak cik tu sebab saya masih ingat di mana lokasi rumahnya. Akhirnya Saya sampai di depan rumah .

Orang pertama yang jumpa adalah adik kepada kawan saya tu , dulu budak lagi darjah 3, masa tu dia dah 19 tahun kalau tak silap , memang saya tak cam la , dia pon sama tak cam saya. Dia pon panggil mak dia kat dapur. Bila mak dia sampai , terus mak dia cakap “Wan, Makbul doa mak cik, Alhamdulillah sampai lagi rumah makcik”, dengan nampak linangan air mata. Dia masih kenal saya. Aku terpinga-pinga, apa doa dia yang makbul?



Saya terus tanya , “Pak Cik Apa khabar” ? Mak cik tu jawab , “Pak Cik ada kat dalam , dia sakit dah 2 bulan, terbaring jer , makan pon tak boleh, masuk keluar Hospital banyak kali masih tak baik ”. Terkejut saya bila terkenangkan mimpi malam sebelum tu . Saya pon di jemput masuk ke ruang tamu , pakcik tu baring di atas tilam di ruang tamu . Saya dapat lihat satu susuk yang sangat tak bermaya. Mak cik tu tanya pada Pak Cik tu , “Abah, abah tengok sapa datang ni , Abah kenal tak”? Dia pon terus jawab “Wannnn”. Terkedu saya masa tu dia boleh cam saya lagi dalam keadaan dia macam tu . 10 tahun saya tak pernah datang , dia masih cam saya.

Saya pegang kaki dia , saya dapat lihat peha dia pon dah mengecil , peha dia hanya sebesar lengan saya jer . Nampak badannya susut terlalu sangat . Dia asyik mengerang kesakitan, asal masuk makanan jer mesti muntah. Saya tengok keadaan pak cik ni pon asyik dalam kepanasan hanya berbekalkan kipas meja meniup badannya. Kerap kali saya saksikan dipanggil anak atau cucunya untuk semburkan air ke badannya.

Sedih saya lihat keadaan pak cik ni masa tu . Saya sendiri pon tak tau nak buat apa. Apa yang boleh saya bantu, saya hulurkan sedikit wang untuk membeli ubat. Nak beli ubat apa pon saya tak tau . Kemudian saya minta izin untuk pulang . Dalam perjalanan pulang, saya saling terngiang pasal mimpi semalamnya dengan pak cik yang saya jumpa tadi dalam keadaan yang sama. Apakah gerak yang Allah nak beri pada aku?

Malam tu sebelum tidur saya masih terus terfikir pasal pak cik tu . Apa yang saya rasa , masa masuk dalam rumah pak cik tu , saya sendiri rasa bahangnya, patutlah pak cik tu sendiri asyik rasa kepanasan . Kebetulan masa tu memang musim panas terlalu menyengat. Tiba-tiba saya terfikir nak pasang kan satu aircond kat rumah pak cik ni .

Esok pagi-pagi saya pergi ke kedai Elektrik untuk beli aircond, tauke kedai ni memang dah kenal saya , bila saya bagi alamat untuk pasang , Dia sendiri pon pelik , “ini address bukan rumah u kan, ini bukan dekat sini, jauh juga”. Saya pon terangkan pada tauke ni, Dia pon bagi lagi diskaun & dia terus kerah pekerja dia untuk terus pergi pasang kat rumah pak cik tu dulu , skip pasang tempat lain dulu.



Sampai kat rumah pak cik tu , diorang sekeluarga terkejut bila saya datang dengan team pasang aircond . Setelah dipersetujui, Kami pasang aircond tu di salah satu bilik. Lepas siap pasang , tilam pak cik ni dipindahkan ke dalam bilik tu . Bila semuanya dah siap , saya pon balik . Masa tu hati saya rasa sangat tenang seperti terlepas satu tanggungjawab.

Seminggu lepas tu saya tergerak nak jenguk semula pak cik ni . Bila masuk rumah, saya terus pergi ke bilik dia , Saya terkedu bila tengok dia sedang duduk sambil makan nasi , Dia boleh bersembang seperti orang dah sihat. Hati saya cukup gembira waktu tu . Masa tu Mak Cik ada sekali , dia ucapkan terima kasih pada saya bantu mereka . Mak cik ni ceritakan bagaimana dia berdoa bersungguh-sungguh hingga mengalir air supaya Allah hadirkan seseorang yang boleh ubati sakit suaminya. Allahu , masa menulis ni tak berhenti meremang bulu roma saya.

Saya bukanlah orang yang pandai , apa lagi pandai mengubati orang . Allah cuma gerakkan hati saya untuk membantu hanya jadi asbab. Ini semua kekuasaan Allah & THE POWER OF DOA.

Selepas tarikh tu , saya langsung takde menjenguk lagi pak cik & Mak cik ni lagi . Hari ni dah genap 5 tahun , saya sendiri tak tahu apa perkhabaran mereka sekarang . Saya muncul sebentar dulu hanya satu gerak yang Allah aturkan bukan kerana saya baik, Iman pon tipis. Hari ni saya terdetik, mungkin ada masa saya kena lawat bertanya perkhabaran mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen