Orang Lelaki Bila Tahu Keadaan Isteri Hampir Hilang Waras, Jangan Buat Dek Je Tapi 'Take Over' Tanggungjawab Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri-isteri kita memang nampak kuat, bukan nampak tapi memang kuat. Penat balik kerja dia terus kemas rumah, masak, basuh baju malah sempat lagi belek anak-anak. Yang kita ini orang lelaki, balik kerja je terus terbongkang kat depan tv sampai la ke malam. Itu kalau isteri tak suruh bangun solat memang boleh terlajak sampai pagi.

Haaa, nampak tak dalam seminggu berapa kali je kita tolong isteri kita selepas pulang kerja. Berapa kali je kita akan nampak dia mengeluh penat. Jarang bukan? Atau tak penah kan?



Sebabnya isteri-isteri ini akan buat semampu mereka. Mereka rasa mampu dan tak penat selagi itu dia akan biarkan korang rehat seenaknya tapi bila dia kata PENAT, korang tolong lah faham. Tolong ambil tindakan, jangan biarkan je isteri korang tu nanti lain pula jadinya.

Macam kisah yang dikongsikan oleh Masturah Abu Bakar, beliau sendiri alami rasa PENAT yang melampau, tapi suaminya cukup memahaminya. Bukan buat tak tahu tapi ambil alih tanggungjawab isteri.

Haa, jom baca kisahnya…

BILA ISTERI HAMPIR HILANG WARAS

Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak.

Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.

Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak-anak lain juga mahu perhatian.

Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes.

Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti.

Dalam perjalanan balik rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?



Saya perlukan masa bersendiri.

Melalui permintaan saya tu, saya tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.

Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak-anak dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak-anak.

Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.

Suprisingly, bangun tidur saya terus bertenaga.

Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.

Saya boleh tersenyum.

Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.

Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada?



Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak-anak?

Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak-anak dan beri peluang isteri berehat.

Jangan perlekeh isteri. Jangan sindir. Jangan perli. Jangan membanding-bandingkan.

Sebab kalau isteri cakap saya PENAT, saya NAK REHAT.

Dia betul-betul dah penat. Jangan paksa dia. Nanti kewarasannya hilang. Anak-anak jadi mangsa marah. Jadi tempat lepas kepenatan.

Sebab tu ada kes ibu bunuh diri sebab depresi.

Jadi para suami berhati-hati. Kalau isteri cakap penat, she really means it.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen