3 Cara Wujudkan Kepercayaan Dalam Hubungan.

Oleh: Rafi

Satu ikatan perhubungan yang kukuh perlu berlandaskan saling percaya mempercayai. Tanpa kepercayaan, hubungan anda dan pasangan sebenarnya belum sempurna. Wujudkanlah kepercayaan supaya dapat menjalin hubungan lebih baik.



1. Mulakan dengan hal remeh.

Apabila baru menjalin hubungan sama ada sebagai kekasih ataupun suami isteri, anda mungkin belum mengenali si dia dengan mendalam. Justeru kepercayaan itu masih pada tahap tipis. Bagi memupuk kepercayaan anda terhadap pasangan, mulakan dengan hal remeh dahulu. Misalnya meminta si dia membelikan anda buku tertentu. Jika si dia dapat membelikan anda buku itu dalam waktu yang diminta, maka bolehlah diteruskan dengan hal lebih besar.

2. Kembangkan corak pemikiran.

Hal paling sukar ialah untuk percaya pasangan anda tidak akan menduakan anda. Sedikit sebanyak pasti akan wujud perasaan bahawa pasangan anda curang. Jadi, sila kembangkan corak pemikiran supaya anda tidak berfikiran negatif. Apabila pemikiran kerap positif, maka anda boleh tingkatkan kepercayaan terhadap pasangan. Namun pastikan si dia betul-betul setia. Untuk itu, anda pun perlulah setia. Sayangi pasangan dan usah sekali-kali curang.



3. Tingkatkan kejujuran.

Kejujuran adalah hal paling sinonim dengan kepercayaan. Jika anda tidak jujur, bagaimana pasangan mahu mempercayai anda? Selain itu, jika anda tidak jujur, bagaimana pasangan mahu berkongsi perkara penting dalam hidupnya. Tidak mustahil ada pasangan yang tidak memaklumkan hal penting misalnya polisi insurans bernilai ratusan ribu ringgit, wang simpanan yang dirahsiakan dan pelbagai lagi hal. Akhirnya jadilah hubungan anda dengan pasangan hanyalah hubungan yang hambar tanpa perkongsian sebenar.

Apabila sudah semakin percaya, selalunya pasangan tiada masalah untuk berkongsi apa-apa sahaja misalnya kata laluan kad ATM bank, kata laluan telefon bimbit dan media sosial. Inilah namanya kepercayaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen