Orang Lelaki Kena Tahu, Perempuan Ini Kalau Dapat Bunga Rasa Dihargai. Bila last Korang Bagi Bunga Dekat Pasangan Korang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini memang tak dapat dipisahkan dengan bunga. Walaupun dengan sekutum bunga mampu buat dirinya tersenyum dua tiga hari. Nak-nak yang bagi bunga itu orang yang mereka kasihi.

Dulu masa bini kita ini masih anak dara macam-macam bunga yang mereka ini dapat. Dari yang sekutum hingga berkuntum-kuntum pernah diperolehinya. Tapi selepas berkahwin, nak dapat sekuntum bunga itu teramatlah susah.

Masa sebelum berkahwin, kitalah yang paling beria beri isteri kita bunga, sehingga dia terpikat dan terima kita sebagai pasangan. Tapi lepas kahwin segala romantik dan mat bunga semuanya hilang.



Suami-suami dan bakal-bakal suami, kalau tak dapat nak beri bunga hari-hari pun tak apa. Tapi bagilah bunga pada hari-hari yang penting walaupun sekuntum. Pasti akan dihargai oleh isteri.

Haa, ini sedikit tips yang dikongsikan oleh Ariff Ismail cara membuat isteri tersenyum dengan hanya sejambak bunga.

SEJAMBAK BUNGA SEUKIR SENYUMAN

Mesti ramai isteri yang berfikir, dulu masa bercinta banyak dapat bunga lah, hadiah lah, dah kawen jangan kata bunga coklat pon kena beli sendiri.

Tahukah brother brother sekalian, kaum hawa ni sangat suka di hargai. Sejambak bunga boleh mengukir senyuman paling manis si dia.

Brother, tak romantik boleh belajar jadi romantik, kita bukan kaya nak buat suprise bagi rantai emas, book satu panggung tengok movie dengan si dia. Sejambak bunga ni pon dah boleh buat si dia berbahagia.

Kenapa masa bercinta boleh romantik? Kenapa tidak selepas terlafaz nya akad pada pasangan. Jangan bagi alasan kekangan kerja dan budget kehidupan tinggi selepas kahwin.

Dulu masa bercinta sanggup berlapar nak bagi suprise kat si dia. Sanggup makan mi segera semata mata nak himpun duit nak beli bunga nak bawak keluar tengok wayang. Demi nak tunjukan tahap tinggi sayang nya kita pada pasangan.

Setelah dimiliki habis segala romantis zaman bercinta, maka bermula lah drama suami di depan isteri dan anak di belakang.



Brother tak susah pon nak romantik ni, 1st kena ingat tarikh penting dalam hidup dengan pasangan. Tarikh anniversary, tarikh first kenal, tarikh hari lahir, tarikh dapat anak dan semua tarikh tarikh yang penting sila ingat.

Bila dah ingat, set reminder, apa guna handphone canggih tapi tak guna kan kemudahan yang ada. Jadi orang pertama yang wish. Bagi lah bunga ke, coklat ke, tudung neelofar ke, sebab wanita ni bagi lah apa pon dia akan hargai.

Tak bagi pon cium lah bini tu brother, peluk dan " say i love u sayang " comfirm cair hati mereka. Terasa diri sangat dihargai. Belajar brother, jangan keras sampai ke tua, nanti menyesal.

Rasullullah saw pon sangat romantik dengan isteri baginda. Kita ni layan isteri sebaik baik layanan dapat pahala. Benda boleh dapat pahala free kenapa tak nak buat kan?

Jom kita ubah sikap kita, jadilah sedikit romantik untuk merealisasikan impian rumah tangga yang bahagia.

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen