3 Alasan Popular Lelaki Lambat Masuk Meminang.

Oleh: Rafi

Wanita selalunya ingin cepat mengakhiri tempoh masa bercinta dengan perkahwinan. Namun berbeza dengan lelaki yang selalunya lebih tenang. Pun begitu, ada lelaki yang masih belum memikirkan soal kahwin walaupun sudah begitu lama bercinta. Apabila disoal mengenai perkahwinan, ada sahaja alasannya. Ingin tahu apa alasan popular? Nah, cuba baca artikel ini.



1. Belum cukup duit.

Duit selalu jadi alasan nombor satu apabila wanita bertanya kepada si lelaki bila mahu masuk meminang. Alasan yang konon-kononnya kukuh ini selalu disebut bagi melepaskan diri daripada soalan si wanita. Alasan ini dikuatkan lagi dengan isu kenaikan harga kos barangan untuk menempah katering, pakaian pengantin, mekap, barangan hantaran dan lain-lain keperluan perkahwinan. Wanita selalunya menerima alasan ini dengan reda.



2. Belum cukup bersedia.

Alasan belum cukup bersedia selalunya diberikan terutama daripada lelaki yang agak suka bersosial. Mereka ini selalunya masih mahu hidup membujang kerana tidak mahu terikat dengan komitmen wanita bergelar isteri. Lelaki seperti ini takut berada di alam perkahwinan kerana sedar bahawa menjadi seorang suami berat tanggungjawabnya. Wanita perlu bijak bertanya mengenai dari segi apakah yang dia belum lagi bersedia. Mungkin anda boleh menambah keyakinan si dia untuk menyegerakan perkahwinan.

3. Ada impian belum dicapai.

Alasan ini selalu diberikan oleh lelaki yang mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjayanya. Sama ada makan gaji mahupun bisnes, lelaki selalunya ada targetnya yang tersendiri. Bagi mereka, target ini perlu dicapai sebelum mendirikan rumahtangga.

Jika anda benar-benar mahu menjadi isterinya, katakan padanya bahawa perkahwinan tidak sekali-kali menghalang dia mencapai cita-cita. Malah keberkatan perkahwinan itu pasti boleh membantu si lelaki lebih mudah mencapai apa yang dia inginkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen