Sebelum Kita Beria-Ria Nak Menangis Kerana Jodoh Tak Muncul Tiba, Lebih Baik Kita Lihat Balik Adakah Kerana 5 Perbuatan Ini Jodoh Masih Hilang Dari Radar?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai jodoh, sudah tentu orang berebut-rebut nak menyatakan bahawa betapa sukarnya untuk mencari pasangan yang serasi. Bukan hanya nak mencari pasangan serasi sahaja yang sukar, kadang kala nak mencari jodoh itu sendiri sudah susah.

Kita-kita yang masih bujang ini kadang kala terlalu gigih untuk mencari pasangan sehinggakan kita sebenarnya lupa untuk mendekatkan diri dengan Allah.



Apabila kita mendekati Allah dengan mentaati segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, Insya Allah segala pencarian jodoh dan rahmat dalam hidup kita ini akan dipermudahkan oleh-Nya.

Cara kita nak menjemput jodoh itu sudah tak kena, kita lupakan Allah tapi sibuk mengejar dunia. Itu sebab kita tak jumpa lagi dengan jodoh kita. Lagi-lagi kalau kita ini begitu dekat dengan perbuatan seperti ini, lagi lah jodoh itu akan makin jauh dengan kita.

1. Perbuatan syirik

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa perbuatan syirik merupakan perbuatan yang berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya.

Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kelewatan dalam bertemu jodoh, mereka meminta pertolongan daripada bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Malah ada juga yang mengamalkan sesuatu perkara yang tidak tertulis dalam dalil Al Quran mahupun sunnah Rasul-Nya. Dengan melakukan perkara ini, seseorang itu benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar (Luqman:13)

Apa yang harus mereka lakukan adalah dengan memperbaiki hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.



2. Meninggalkan solat

Solat ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya. Kita diwajibkan untuk beribadah (solat) kepada Allah SWT. Kita abaikan solat kita, tinggalkan malah melewat-lewatkan solat kita ini. Bila kita tidak solat, maka kita kurang berdoa kepada Allah. Macam mana Allah nak beri apa yang kita mahukan.

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah ayat 21)

3. Melakukan zina

Zina ini adalah satu perbuatan yang keji dan dibenci oleh Allah SWT. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang kerana dosa tersebut.

Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat yang bersungguh-sungguh pada Allah dan memohon ampun atas perbuatan itu. Dengan izin dan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Allah akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan tidak akan mengulangi kesalahannya.



4. Dosa terhadap kedua-dua orang tua

Siapa kita tanpa ibu bapa di dunia ini. Sebelum kita berkahwin, mereka ini adalah orang yang paling utama dalam hidup kita. Dengan melakukan dosa terhadap kedua-duanya ataupun salah satu daripadanya maka Allah akan murka dan menutup segala sumber rezeki. Sumber rezeki yang dimaksudkan itu juga termasuk dengan ‘jodoh’. Hal ini kerana keredaan ibu bapa adalah sangat penting. Tanpa reda ibu bapa, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya.

5. Memutuskan hubungan silaturrahim

Orang yang menjaga hubungan silaturrahim ini akan sentiasa dipermudahkan jalan hidupnya. Tidak kiralah ia berkaitan dengan rezeki ataupun berkaitan dengan jodoh. Dengan menjaga hubungan yang baik sesame manusia, maka segala urusan yang akan dilalui Insya Allah akan dipermudahkan.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikan antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya mendapat rahmat". (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Oleh itu, sebagai manusia, jangan sesekali cuba untuk memutuskan hubungan silaturrahim antara sesama manusia.

Sebab itu dalam kita mencari jodoh ini, cuba untuk dekatkan diri dahulu dengan Allah, barulah jodoh juga akan menghampiri kita nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen