Seronoknya Bila Dah Kahwin Nanti, Ada Orang Jaga Makan Pakai. Tapi Bakal-Bakal Suami Jangan Lupa Tugas Korang Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah bertemu jodoh hati siapa yang tak seronok kan? Selepas ini hidup dah tak sunyi lagi dah ada teman, malah yang lelaki kini dah ada orang yang akan tolong basuh baju, jaga makan minum serta bila sakit dah ada orang jaga. Seronokkan alam perkahwinan ini.

Seronok memang seronok, tapi perkahwinan ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Bila dah bersetuju nak ke langkah seterusnya, orang lelaki dah tak boleh macam orang bujang dah. Korang dah kena sedia untuk pikul tanggungjawab.

Tugas sebagai seorang suami serta ketua keluarga ini tak mudah ye! Korang kena betul-betul bersedia.



Memang la ada si isteri yang akan membantu korang, tapi tugas isteri ini membantu bukannya mengambil alih tugas suaminya. Jadi korang sebagai suami kena bersedia awal. Tapi kalau masih nak amalkan sikap bujang tu lagi, baik tangguhkan dulu niat nak kahwin tu.

Orang lelaki kena tahu tugas suami ni, bukan mudah nak jadi suami ya!



1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.



3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

Apa pun, kalau korang betul-betul kahwin dengan niat yang betul, malah tahu tanggungjawab, Insya Allah segala urusan dalam perkahwinan korang akan dipermudahkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen