Kita Ni Orang Perempuan Bila Ada Salah Faham, Beria Tunjuk Bukti Bagai Sebab Tak Nak Kalah. Tapi Orang Lelaki Cuma Buat Dek Je... Kenapa Bila Gaduh Lelaki Lebih Banyak Diamkan Diri? Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalukan kalau dalam apa-apa pergaduhan dan salah faham yang melibatkan perang jantina ini, kitab oleh tengok orang lelaki ni lebih cepat mengalah. Malah mereka ini juga lebih banyak diamkan diri.

Haa, mesti la korang nak tahu kan sebab apa. Mana tidaknya, bila bergaduh je dia diam, mahu tak naik hantu kita dibuatnya.

Okay-okay cuba korang chill kejap, kenapa ek orang lelaki ni kalau gaduh je diam.



Cuba bertenang okay, kadang-kadang alasan dia macam tak munsabah juga.

Tapi jom kita ambil tahu mengapa dia orang lebih banyak diam berbanding bela diri dia orang sendiri.

1. Nak tunjuk dia gentlemen.

Haa, bab-bab ni kita orang perempuan memang tak faham punya la. Tapi ini adalah salah satu sebab bila gaduh dia orang lebih banyak diam je. Bagi dia orang, gaduh dengan perempuan ni bukan level-level dia orang. Baik senyap dan jadi gentlemen dari bergaduh dan saling salah menyalahkan.



2. Malas nak buat pergaduhan jadi lebih besar.

Ni memang alasan yang selalu digunakan mana-mana teman lelaki la. Kononnya bila mereka ini bela diri mereka masalah akan jadi lebih besar, sedangkan kita orang perempuan ni harapkan penjelasan dan sebab punca itu terjadi.

Tapi mereka ingat kita ini akan buat masalah jadi lebih besar. Kalau terus macam ni, macam mana masalah nak selesai.

3. Tak faham punca pergaduhan.

Orang lelaki memang tak faham orang perempuan pun. Mana tidaknya, silap mereka sendiri pun kadang kala mereka tak tahu, inikan pula nak tahu punca salah faham dan pergaduhan.

Jadi mereka ini akan senyapkan diri dan membiarkan kita orang perempuan terus menerus mogok sehingga akhirnya mengalah sendiri. Cukup mudah kan kerja mereka.



4. Malas nak layan.

Kalau bab ni tak tahu nak menangis ke apa. Yelah kita beria-ria bela diri, cari salah, tunjuk bukti dan terangkan punca tapi akhirnya dia buat tak tahu je. Paling sakit hati apabila dia buat macam tak ada apa pun. Haaa, menangis lah korang semua.

Tapi apa-apa pun, dia orang akan pujuk korang semula kan? Cuma mereka ini hanya nak bagi korang luahkan apa yang ada dalam hati korang je. Chill okay!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen