Jangan Pentingkan Ego Sangat, Sudahnya Kita Perlukan Isteri Juga Untuk Melengkapi Hidup Kita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki dengan ego memang sangat berkait rapat. Dari sebelum kahwin hinggalah dah kahwin egonya tak akan hilang. Tak kisah la dengan isteri mahupun anak-anak.

Tapi paling sedih dengan isteri la. Mana tidaknya, kerana ego sanggup tak bercakap dengan isteri, sanggup biarkan isteri tidur sorang-sorang. Kesian isteri…

Nak ego tu boleh tapi perlu la kena dengan caranya jangan dengan isteri kita pun kita ikutkan ego kita. Lebih atau kurangnya isteri kita, itu yang melengkapi kita sebenarnya. Tapi kita tak nampak semua tu, yang kita nampak lemahnya dia.



Orang lelaki ni memang susah nak turunkan ego mereka, macam yang dikongsi Firdaus Shakirin ini.

Ego seorang suami...

Kita cakap, kita sayang isteri kita, tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami...

Bila gaduh tak pernah nak mengalah, suka tinggikan suara, suka guna perkataan yang kesat, hina dia, maki dia, ugut dia...ungkit dia tu dulu macam mna...dia tu siapa, dia tu tak ade apa-apa...seolah-olah macam kita ni yang kutip dia, bagi dia hidup dan segala-galanya...



Tapi kita nak hubungan tu bertahan lama dan bahagia?

Dengan sikap dan perangai kita yang macam tu, boleh kekalkan hubungan tu untuk jangkamasa yang lama, yang panjang? Isteri selalu diam, selalu mengalah bila kita marah, tapi ingat, dia pun ada hati, dia pun ada perasaan dan kesabaran dia ada batasnya...

Ubahlah perangai tu kalau betul-betul sayangkan isteri...

Hal-hal biasa ni, tegur cukup la, dah memadai...nak melenting buat apa...? Kesalahan dia besar mana sangat sampai kita nak marah dia teruk-teruk...? Dia dah besar, dah matang, dia pun boleh berfikir dengan sebaiknya...jangan marah dia macam budak-budak...tegur, nasihat dan tunjuk macam mana nak buat bagi betul, supaya tak silap lagi...bukan tinggikan suara, tengking, herdik dan hina dia...



Kalau isteri silap, kita hukum dia dengan marah dia dan siap suruh dia minta maaf lagi dekat kita...tapi kalau kita yang silap...?minta maaf tak, kena marah dengan isteri pun tak...mengaku salah? Lagi la tak....jauh panggang dari api...adil macam tu?

Itulah ego seorang suami yang selalu merasakan dirinya always right...tak buat salah, tak ade dosa...sempurna...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen