Dah Bosan Bagi Kekasih Hati Korang Bunga & Coklat, Apa Kata Try 6 Jenis Hadiah Ini Pula. Katanya Confirm Wanita Suka!

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ni kalau merajuk senang je nak pujuk. Tak payah pening-pening nak buat kejutan macam mana, guna je hadiah pasti buah hati akan senang hati.

Tapi kalau korang power bab-bab ayat manis ni, boleh je korang cuba dulu. Tapi kalau tak jalan hadiah la kan jawapnya. Ala.. tak payah nak berkira sangat, korang juga yang takut hilang dia orang kan.



Selalu sangat dah bagi bunga dan coklat, apa kata korang cuba bagi benda yang lain pula.

Okay-okay dari terus nak biarkan si dia merajuk, baik korang cuba pujuk dengan 6 barang ini. Mana-mana gadis mesti suka punya la.



1. Minyak wangi.

Tak kisah la macam mana sikap kekasih hati korang tu, apa pun cita rasanya, pasti dia akan suka kalau diberi minyak wangi. Nak-nak lagi kalau korang bagi dari jenama yang terkenal. Kalau korang tak pasti bau mana yang sesuai buat kekasih hati korang tu, cuba pilih dengan bau yang manis serta lembut sedikit. Boleh jadi ia seperti bau buah atupun bunga.

2. Baucer atau wang tunai.

Terlalu mudah tetapi korang masih lagi mampu kan? Sebenarnya, orang perempuan ini lebih suka memilih barangan yang mereka perlukan berbanding dengan menerima barang yang diberi.

Kalau korang pening-pening kepala tak tahu nak bagi apa, korang bagi je wang tunai. Mudah ke kerja korang.



3. Pergi ke spa.

Mana-mana perempuan pasti tak akan menolak perkara ini. Siapa tak nak peluang rehatkan dan manjakan diri ini. Lagi-lagi kalau ia melibatkan rawatan muka, urutan manicure serta pedikur. Boleh lakukan bila-bila masa sebenarnya tapi lebih sesuai kalau waktu mereka sedang stress.

4. Belanja makan.

Paling mudah dan senang nak buat. Kalau kakasih hati korang merajuk tu, cuba untuk bawanya pergi makan berdua. Haa, tak kisah la makan di warung tepi jalan atau di tempat mewah, orang perempuan ini memang tak tolak kalau bab makan ni. Mudah je kan?

5. Beg tangan atau kasut.

Cuba korang teliti, pasangan korang mesti mempunyai lebih dari satu jenis kasut dan juga beg tangan. Biasanya orang perempuan ini adalah pengumpul dua perkara ini. jadi apa pun yang korang hadiahkan beg tangan atau kasut tentu sahaja akan buat mereka ini melonjak keringan.



6. Barang kemas.

Kalau korang ada duit lebih atau tersepak, boleh la pujuk mereka dengan barang kemas. Yang ini memang buat wanita terkedu dan terus tak merajuk lagi dah. Tapi kalau tak mampu cukup la buat yang biasa-biasa je.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen