Hubungan Yang Hambar Memang Nampak Macam Tak Ada Masalah, Tapi Lama-Lama Ia Akan Makan Dalam, Jadi Korang Yang Dah Rasa Tak Seronok Dalam Hubungan Boleh Cuba Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak mudah nak kekalkan hubungan cinta yang terbina setelah bertahun-tahun berkahwin. Semuanya dianggap baik-baik sahaja tanpa menyedari bahawa hubungan tersebut semakin hambar. Mungkin masing-masing sudah merasa selesa hingga tak sedar akan perkara ini.

Boleh jadi juga masing-masing penat menguruskan anak-anak serta kerjaya, itu yang membuat hubungan suami isteri menjadi hambar tanpa ada senda gurau lagi dah. Bertenang dulu, jangan takut kalau hubungan korang hambar tapi cuba untuk keluar dari hubungan tersebut.



Bukan minta untuk korang berpisah tidak, tapi meminta untuk korang cari balik keharmonian, kebahagiaan serta keintiman. Tak kisah la berapa ramai anak pun yang korang ada pada ketika itu.

Macam mana nak pulihkan hubungan yang hambar tu?

1. Berbuat baik dengan pasangan.

Ramai sahaja antara pasangan yang kalau tiada salah faham dan tiada pertengkaran, mereka merasakan bahawa hubungan itu baik-baik sahaja sedangkan ia semakin hambar. Apa kata mulai sekarang ini, korang cuba buat baik dengan pasangan korang.

Kalau yang suami bantu isteri, kalau isteri pula pikat hati suami. Paling kurang pun cuba untuk panggil ‘sayang’ atau ‘I love you’. Bila dah lama tak dengar kata-kata seperti ini, pasti buat hati pasangan kita berbunga. Tak percaya cuba la.



2. Luangkan masa untuk berdua.

Setelah memiliki anak-anak mungkin masa untuk berdua itu akan berkurangan, malah kalian juga sibuk menguruskan anak-anak. Tetapi apabila anak-anak sudah besar sikit ini boleh la korang cuba untuk cari masa untuk korang berdua pula.

Dapat tonton tv berdua waktu malam pun dah cukup sebenarnya. Tak payah nak dating dekat luar rumah atau kena pergi bercuti. Walaupun dalam rumah tapi ada masa berdua itu pun dah cukup memadai.



3. Bina aktiviti eratkan hubungan.

Korang boleh cuba aktiviti yang membantu mengeratkan hubungan korang lagi. Malah cuba untuk beranikan diri untuk cuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh boleh cuba untuk berkemah, hiking berkebun serta berjogging bersama-sama. Nampak macam senang je nak buatkan, tapi kalau taka da kerjasama yang baik tak boleh buat juga.

4. Jangan bawa balik masalah lain ke dalam rumah.

Kadang-kadang kita bukan hanya ada masalah dalam rumahtangga je, masalah kerja dan rakan-rakan pun kadang kala ada juga. Jadi masalah tersebut tinggal di luar rumah, tapi kalau nak minta pendapat pasangan boleh juga. Namun jangan sampai masalah tersebut menjejaskan hubungan korang suami isteri.

Kalau korang tiba-tiba buat perkara-perkara seperti ini, tak mustahil korang boleh nampak cahaya dekat wajah korang. Ala… cahaya kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen